TIGA tahun lalu, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin jadi perhatian rakyat Malaysia selepas perjuangannya melawan ketumbuhan kanser.

Pada Jun 2019, ketika berusia berusia lapan, Ainul yang menghidap kanser ‘germ cell tumor’ menjalani lima jam pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat tumor 200 gram dari mulutnya.

Pembedahan itu dijalankan oleh sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong di Hospital Kanak-Kanak London.

Baca juga: Makin sihat, cergas dan ceria, Ainul sambut kelahiran adik baru

Selepas pembedahan, Ainul menunjukkan kemajuan yang positif. Dalam perkembangan terbaru, ibunya, Nurul Erwani Zaidi memaklumkan anak sulungnya itu sudah mula makan dan minum menggunakan mulut.

Si kecil itu terdahulu menerima blended diet dan diberi melalui tiub di perut.

“Salah satu perubahan terbesar untuk Ainul. Ainul dah mula nak terima makanan dan minuman masuk dalam mulut dia! Alhamdulillah. Dia dah start explore rasa-rasa makanan ya.

“Yang mana masih tanya lagi kenapa Ainul masih belum makan ikut mulut lagi ialah sebab Ainul masih trauma dengan penyakit dia waktu dulu. Dari selepas lahir Ainul tak gunakan mulut langsung untuk develop mod mengunyah dan menelan. 

“So dari situ, lepas operation kena kerap stimulate bahagian mulut supaya Ainul kena biasakan mulut dia bergerak,” kongsinya.

Baca juga: Ainul Mardhiah sudah aktif bermain di rumah, ibu kongsi anak sudah keluar hospital

Selain itu, menurut Nurul Erwani beliau dan suami rancang untuk menghentikan tracheostomy valve yang dipakai anaknya.

“Ainul kini sudah boleh bersuara. Sekarang ni, saya dah start pakaikan Ainul trach valve untuk bagi Ainul bernafas guna mulut dan hidung dan guna trach valve ni juga boleh dengar suara ainul tau. 

“Alhamdulillah Ainul selesa bila saya bagi guna trach valve ni. Dan nak latih juga Ainul sebelum Ainul nak off trachy nanti,” katanya.

Menurutnya, beliau dan suami akan bawa Ainul ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM untuk buat asessment pada trachy Ainul dan akan off alat tersebut untuk mengelakkan risiko jangkitan.

“Salah satu sebab nak off as soon as possible sebab tak mahu Ainul selalu kena infection. 

“Pakai trachy ni akan cepat sangat kena infection sebab saluran trachy ini direct ke paru-paru. Itu yang menyebabkan akan senang berjangkit dengan orang yang batuk dan selesema,” kongsinya.

Warga maya gembira mendengar perkembangan positif si kecil itu dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatannya.

-“Alhamdulillah. Ainul pejuang hebat. Anak yang kuat.”

-“Moga Ainul terus sihat dan dilancarkan segala urusan.”

-“Alhamdulillah. Semakin besar dan sihat. Moga Ainul terus membesar sihat, dikelilingi kasih sayang yang melimpah-ruah.”

Baca juga: “Tolong jangan percaya”, ibu kecewa scammer ambil kesempatan, nafi buka tabung sumbangan untuk Ainul

Sumber: _nrlerwani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi