KISAH kejayaan Muhammad Shahril Saidi, pelajar yatim piatu yang meraih keputusan cemerlang 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan berbakti kepada arwah ibunya menjadi inspirasi ramai.

Kehilangan ibu tercinta, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, Sabtu lalu, anak bongsu daripada enam beradik itu menerima lebih 10 tawaran biasiswa dan tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menurut portal berita tempatan, Muhammad Shahril memilih untuk kembali meneruskan pelajarannya di Maahad Yaakubiah di Kampung Nipah, Bachok.

Baca juga: Gigih jaga ibu sakit, mandikan sebelum pergi, balik sekolah, remaja anak yatim raih 11A SPM

Remaja berusia 18 tahun itu juga mahu meneruskan pelajaran di tingkatan enam dan menduduki Sijil Pelajaran Tinggi Agama (STAM) sebelum memilih untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi.

Selepas itu, Muhammad Shahril berkata beliau memilih bidang agama di mana-mana pusat pengajian, universiti dalam atau luar negeri.

Sebelum ini beliau berkata akan melakukan solat sunat istikharah untuk membuat pilihan terbaik dalam pemilihan tawaran melanjutkan pelajaran dan biasiswa.

Baca juga: Anak yatim piatu 11A SPM terima lebih 10 tawaran pengajian & biasiswa, rezeki mencurah berbakti kepada ibu sakit

Baca juga: Ibu pergi jua, pelajar cemerlang 11A SPM 2022 kini yatim piatu buat warganet sebak

Muhammad Shahril ketika menerima kunjungan para guru ketika keputusan SPM diumumkan 8 Jun lalu.

Muhammad Shahril tular dan menjadi inspirasi ramai selepas menjaga ibunya yang telah empat tahun sakit saraf.

Beliau yang melakukan rutin memandikan ibunya yang terlantar sebelum dan selepas ke sekolah meraih gred A untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Syariah, Usuluddin, Manahu al-Ulum Al Islamiah dan Al Adab Wal Al-Balaghah manakala A untuk Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Syariah dan Al-Lughah Al Arabiah Al-Muasirah.

Paling menyentuh hati, Muhammad Shahril yang kini yatim piatu mengimamkan sendiri solat jenazah bonda tercinta.

Ramai yang mengaitkan kepatuhan dan keberkatan Muhammad Shahril menjaga ibu menjadi asbab kecemerlangan.

Walaupun apa jua bidang yang diceburi, SinarPlus doakan agar Muhammad Shahril terus cemerlang dan berjaya!

Baca juga: ‘Tak apa, saya reda’- Muhammad Shahril curah kasih terakhir buat ibu hingga ke liang lahad, imam solat jenazah buat netizen sebak

Baca juga: Alhamdulillah! Kos pengajian pelajar cemerlang 11A kematian ibu ditanggung kerajaan, 8 info berkaitan

10 INFO STAM

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

1-STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang mula dilaksanakan mulai tahun 2000.

2-Ia hasil usaha sama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Al-Azhar Al Syarif.

Iklan

3-Pemegang STAM layak memohon ke IPTA.

4-Bahasa Arab digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan.

5-Ia merangkumi 10 mata pelajaran dalam tiga bidang iaitu Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin.

6-Kurikulum dan buku teks diambil dari Bu’uth Al-Islamiah Al Azhar.

7-Sijil STAM adalah syarat kelayakan untuk memasuki Universiti Al Azhar, Mesir.

8-Ia menggantikan 26 sijil yang dikeluarkan oleh negeri-negeri secara berasingan.

Iklan

9-Terdapat empat pangkat sijil STAM iaitu Mumtaz (cemerlang), Jayyid jiddan (sangat baik, Jayyid (baik) dan Maqbul (lulus).

10-Peperiksaan ini juga diperkenalkan ke peringkat antarabangsa iaitu di Kemboja mulai tahun 2016.

Baca juga: Anak yatim piatu 11A SPM terima lebih 10 tawaran pengajian & biasiswa, rezeki mencurah berbakti kepada ibu sakit

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi