PETUGAS barisan hadapan, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani (Dr Izzar) menzahirkan kekesalan terhadap sikap segelintir individu yang tidak serius dalam membantu memutuskan rantaian Covid-19.

Suami kepada pelakon, Ummi Nazeera itu menyarankan dalam situasi hari ini rakyat Malaysia harus bersikap matang supaya negara segera pulih daripada wabak tersebut.

“Rakyat Malaysia tolonglah bersikap matang. Faktor utama sama ada ingin berterusan berdepan ataupun tidak dengan Covid-19 adalah terletak pada sikap kita sendiri.

“Degil enggan mematuhi SOP (prosedur operasi standard), rasa diri kebal. Tidak mengapa demam sedikit sahaja selepas itu ke kenduri. Alah, buka mask (pelitup muka) sekejap saja,” tulis beliau menerusi laman sosial Instagramnya @izzar baru-baru ini.

Artikel berkaitan‘Kesianlah Dekat Frontliners, Diaorang Pun Ada Family…’

Bukan itu sahaja, Dr Izzar turut berkongsi susulan cuti perayaan dan sambutan tahun baharu antara faktor menyumbang pada peningkatan kes jangkitan Covid-19.

dr izzar
DR IZZAR berkongsi rasa kecewanya terhadap sikap masyarakat yang tidak mematuhi SOP menerusi Instagramnya @izzar baru-baru ini.

“Kita sudah nampak kesan daripada cuti Krismas dan tahun baharu itu, sekarang. Ramai pergi melancong, berjalan-jalan dan kenduri sakan.

“Selepas itu, masuk tempat kerja berjangkit dengan rakan sekerja pula. Sebab itu kes positif naik mencecah empat angka setiap hari. Kemudian, tanya bila kes nak turun?

“Dulu dua angka (kes) pun sudah gelabah. PKP (perintah kawalan pergerakan) sekarang ini macam tiada apa pun,” luahnya.

ummi izzar
DR IZZAR (kiri) merupakan suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang kini hamil cahaya mata kedua.

Dalam pada itu, Dr Izzar juga kecewa dengan sikap individu yang berterusan mengeluh dan meletakkan kesalahan pada bahu pasukan perubatan.

“Apabila kami dah dapatkan katil di hospital dan ambulans datang awal, marah kenapa awal sangat, mak tak sempat nak bersiap. Pastu marah tempat maknya pergi tak selesa. Dihubunginya pegawai penyiasat kes maknya dan ugut-ugut lagi.

“Apabila sudah buat test (ujian saringan) Covid-19 sendiri di swasta dikatanya positif (tidak tahu ujian jenis apa). Diugut kata keluar tempat awam sebab Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tidak call, walhal sudah dihubungi.

“Apabila sudah membantu selamatkan orang itu (pesakit) keluar ICU, ada hati nak complain (mengadu) makanan hospital tak sedap.

“Apabila operasi kedai makan hingga pukul 8 malam, lanjut sampai 10 malam. Takde hal,” ujarnya lanjut.

Bicara beliau, kini lebih setahun kumpulan petugas kesihatan bekerja tanpa henti. Lebih menyedihkan ada antara mereka terpaksa merujuk pakar psikiatri dek mengalami stres melampau.

Iklan

covid jururawat“Sudahlah penat. Kami fokus buat kerja. Tidak payahlah menambah beban petugas kesihatan dengan perkara remeh dan menyusahkan. Matanglah sedikit.

“Korang rasa macam mana. Lama lagi ke nak hidup macam sekarang ini?,” soal beliau menutup bicara.

 

 

 

Iklan