BARU-baru ini aplikasi MySejahtera telah diperbaharui dengan fungsi baru daftar keluar (check out).

Ia tambah baik bagi memudahkan pengguna memaparkan status kesihatan individu, paparan tahap risiko dan status vaksinasi.

Butang daftar keluar yang difahamkan ditambah bagi menambaik baik proses pengesanan kontak.

Namun, oleh kerana sudah lebih setahun terbiasa menggunakan aplikasi itu tanpa ada butang daftar keluar, ramai yang sering terlupa setelah mendaftar masuk.

Baca juga Hanya Tekan Butang ‘Check-Out’, Tak Perlu Scan. MySejahtera Ditambah Baik

Susulan itu, wujud akaun Twitter yang mengingatkan warga maya untuk mendaftar kelaur setiap kali mengunjungi mana-mana premis membabitkan imbasan MySejahtera.

Akaun Twitter bernama Check-Out your MySejahtera itu adalah tidak rasmi, bersifat satira dipercayai dioperasikan oleh warganet.

Saban waktu, pelbagai hantaran ciapan dipaparkan oleh akaun itu yang menghiburkan selain mengingatkan untuk mendaftar keluar MySejahtera.

Dalam pada itu, wujud juga netizen yang salah sangka akaun tersebut sebagai akaun Twitter rasmi bagi MySejahtera dengan mengajukan pelbagai persoalan. Bahkan ada yang meluahkan kemarahan dan rungutan berkaitan hal vaksinasi.

Namun tidak kurang juga yang menghargai kewujudan akaun itu kerana seringkali terlupa untuk mendaftar keluar. Malah ramai yang mengakui terhibur dengan ciapan lucu seputar isu tempatan nasi kandar, jangan tidur lewat malam, pasar malam dan sebagainya.

“Di farmasi selama dua hari…”

Iklan

“Dua hari ke kedai bakso, terus report duty…”

 

“Admin ni lucu…”

Iklan

Diharapkan kita tidak lupa untuk mendaftar keluar MySejahtera selepas meninggalkan mana-mana premis.

Untuk pengetahuan semua, MySejahtera merupakan satu aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan wabak Covid-19 di negara ini. Ia diwujudkan sejak April 2020.

Sumber: Twitter Check-Out your MySejahtera