Remaja lelaki 15 tahun jadi wali nikahkan kakak sendiri raih pujian. 'Sejuk perut mak awak, dik.'
SEORANG remaja lelaki meraih tumpuan ramai apabila menjadi wali menikahkan kakak kandungnya.
Menerusi hantaran video berdurasi 27 saat yang dimuat naik melalui akaun @kakmas7980, beliau yang mengenakan busana baju Melayu rona coklat kelihatan tenang dan segak.
Malah, remaja itu tampak tenang biarpun dikelilingi oleh ahli keluarga kedua belah pihak pengantin yang tidak mahu melepaskan peluang menjadi sebahagian daripada momen bersejarah itu.
Baca ni Adik 14 tahun jadi wali nikahkan kakak, ramai sebak, puji berani
"Selesai tugas adik usia 15 tahun nikahkan kakaknya," demikian kapsyen yang dimuat naik dalam video berkenaan.
Sebelum majlis dimulakan, si adik mengambil kesempatan bersalaman dengan abang iparnya sambil diperhatikan ahli keluarga yang hadir.
Walaupun baru berusia 15 tahun, namun si adik tidak gugup atau gementar ketika sesi melafazkan akad nikah kakaknya.
Dengan hanya satu kali bacaan dan sekali lafaz daripada pengantin lelaki, selesai sudah tanggungjawab si adik menikahkan kakaknya.
Video tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian warga maya.
Rata-rata melahirkan rasa kagum dan memuji keberanian remaja berkenaan menjadi wali kakaknya.
"Alhamdulillah,terharu tengok vtt masa adik nikahi kakak dia. Sejuk perut mak awak adik. Semoga urusan puan,adik-adik dan pasangan pengantin dipermudah."
"Kagum dengan kematangan anaknya untuk menjadi wali serta menyempurnakan majlis nikah kakak kandungnya itu."
"Ingatkan adik ni kahwin. Rupanya wali kakak dia."
"Terbaiklah dik. Sedih acik tengok."
Dalam satu sesi temu bual bersama sebuah stesen radio, ibu kepada remaja berkenaan yang juga individu yang memuat naik video itu mengakui terharu dengan kematangan anaknya yang menyempurnakan majlis nikah kakak kandungnya itu.
Baca juga Budak tadika hadiahkan jongkong emas kepada ‘bakal isteri’ sebagai tanda pertunangan. Memang rare!
"Awalnya saya tanyakan sama ada dia mahu menikahkan kakaknya. Malah waktu jumpa kadi pun soalan sama ditanya dan dia memang mahu nikahkan sendiri," ujar wanita yang hanya dikenali sebagai Kak Mas.
Menurut beliau lagi, anak lelakinya yang dikenali sebagai Hakimi memikul tanggungjawab menggantikan tempat ayahnya yang sudah meninggal dunia.
"Kalau diikutkan memang gementar tetapi saya bersedia. Semuanya berlaku secara spontan dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar," ujar beliau.
Memetik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekiranya wali utama telah meninggal dunia, kuasa menikahkan anak perempuan oleh bapa akan bertukar kepada kedudukan utama seperti berikut:
- Bapa kandung
- Datuk sebelah bapa ke atas
- Saudara lelaki seibu-sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak saudara lelaki seibu-sebapa
- Anak saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
- Bapa saudara seibu-sebapa
- Bapa saudara bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
- Bapa saudara datuk seibu-sebapa
- Bapa saudara datuk sebapa
- Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
- Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan)
- Sekalian asabah kepada seorang muktiq
- Raja/Sultan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang