SETELAH melihat anak muda yang kuat bekerja mencari rezeki, pendakwah bebas, Ebit Lew menzahirkan penghargaan terhadap rider atau penghantar makanan.

Menerusi posting di laman Facebook, usahawan dan dermawan terkenal itu mengakui berasa terharu terhadap mereka yang kuat bekerja dengan ada antaranya membantu ibu bapa bahkan mencari rezeki halal untuk keluarga tercinta.

“Terharu sebak melihat anak muda semuanya. Rajin kuat bekerja. Bantu mak ayah dan sebahagian yang lain telah berkahwin mencari rezeki halal buat keluarga.

“Mereka ini tak berhenti dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini. Setiap hari berkorban membawa makanan dan barang dapur sampai depan rumah kita.

“Tanpa kita susah payah ke sana-sini di waktu ini. ALLAH sahaja dan pasti akan membalas jasa korban mereka selama ini,” coretnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Rider banyak berjasa, Ebit terharu lihat anak muda rajin kuat bekerja

Selain itu, Ebit turut menghulurkan bantuan kepada mereka serta berkongsi kisah mengenai iman, kasih sayang dan ibu bapa.

Iklan

“Terima kasih ye adik abang kakak semua. Masa beri sokongan, doa dan sedikit hadiah. Mereka semua kata banyak ni ustaz.

“Baik sahaja semua. Masa cerita iman, kasih sayang dan ibu bapa mereka menangis. Saya doakan mereka semua ini menjadi anak soleh,” doanya.

Baca juga Straight A UPSR hingga SPM, pelajar cemerlang jadi pengawal keselamatan demi rezeki halal

Ebit turut berdoa agar kesemua mereka sentiasa dipelihara yang Maha Kuasa.

Iklan

“Terima kasih ya adik-adik semua. Insya-ALLAH, ALLAH jaga dan pelihara adik semua. Bahagia dapat jumpa adik ni semua. Syukur sangat pada ALLAH yang sayang kita,” ujarnya.

Sementara itu, Ebit turut berkongsi sempat membuat ziarah dan menyampaikan bantuan kawasan penduduk India di Klang, Selangor pada pagi tadi.