'Rindu seorang ayah berakhir.' Selepas 24 tahun terpisah, momen bapa kandung bertemu semula anaknya undang sebak
JARAK lebih 1,600 kilometer (km) bukan penghalang buat seorang anak untuk 'terbang' dari Kuala Lumpur ke Tanjung Tiram, Batu Bara, Indonesia, demi berjumpa bapanya yang terpisah selama 24 tahun.
Kisah menyayat hati itu dikongsikan menerusi hantaran sepupunya, Babybrown di TikTok baru-baru ini.
"Pertemuan ayah dan anak setelah 24 tahun terpisah. Apabila ALLAH berkehendak, maka berjumpa juga," katanya.
Dalam video yang dimuat naik tersebut, memaparkan perjalanan Muhamad Sadam, 27, daripada membuat passport, bertemu saudara-mara sebelah bapanya sehinggalah akhirnya bertemu hero hidupnya itu.
Baca juga:Semakin dekat dengan ALLAH, ujian bertambah hebat. Itu tanda kasih sayang-NYA, syurga bukan mudah
Paling menyentuh hati apabila dalam satu video lain merakam saat kedua-dua mereka berjumpa buat kali pertama setelah sekian lama.
Walaupun dalam keadaan cuaca hujan, bapanya tetap redah menaiki motosikal demi bertemu anak tercinta.
Sewaktu tiba, beliau dilihat sebak dan terus memeluk Sadam bagi melepaskan rindu yang selama ini dipendam.
Selepas itu, mereka dilihat duduk bersama dan beliau bercerita lebih lanjut perkembangan anaknya itu.
Muhammad Sadam berkata, kerinduannya terhadap Roslan Mhd Nur Kassim, 55, sejak dari kecil akhirnya terubat sebaik bertentang mata dengan bapanya itu.
Malah, pertemuan itu mengundang perasaan sebak dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.
"Sebaik sahaja bertentang mata dengan ayah, saya terus peluk dan menangis kerana akhirnya dapat menatap wajah insan yang saya cari selama ini," ungkap Muhamad Sadam.
Menurut beliau lagi, ibunya, Fadlyaton Abdul Malik, 56, seorang warga tempatan berpisah dengan bapanya itu sejak dia kecil.
Ibunya kini terlantar sakit akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak tiga tahun lalu.
"Bagi saya, ibu bapa adalah segala-segalanya dan akan menjaga mereka selagi hayat ini dikandung badan.
"Perkara lama usah dikenang dan saya harap pertemuan ini tidak berakhir di sini sahaja dan bercadang jika ada rezeki ingin bertemu sekali lagi semasa Aidilfitri ini," ujarnya yang bekerja sebagai penghantar makanan.
Sementara itu, menerusi satu lagi video berasingan, kelihatan si anak tidur lena berbantalkan paha bapanya di dalam kenderaan sebelum beliau berangkat pulang ke Malaysia.
"Sampai bertemu lagi saudara ku dan semoga berjumpa lagi bapamu," tulis Babybrown.
Video berkenaan sehingga kini meraih 7.1 juta tontonan dan lebih 500,000 like di TikTok.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang