UJIAN daripada ALLAH SWT itu menandakan betapa sayang pencipta kepada hamba-NYA.

Jangan cepat mengeluh dan menyalahkan takdir kerana diberikan ujian, musibah atau bencana.

Ini kerana di sebalik kesusahan dan kesedihan yang dilalui manusia akan menerima nikmat dan ganjaran ‘manis’ daripada ALLAH.

Pendakwah bebas, Da’i Izzhar Nazri berkata, pada zaman para Nabi, ujian yang diberikan amat berat dan sukar namun mereka menghadapinya dengan sabar dan reda.

Ujarnya, ALLAH memberikan kesulitan dan kesukaran kerana kasih sayang serta rindu untuk mendengar rintihan hamba-NYA.

“Jadi, kenapa makin dekat dengan ALLAH , jalan itu makin susah? Sebenarnya bukan kita seorang yang merasainya.

“Nabi Adam AS terpisah dengan isteri tercinta, Nabi Nuh AS menyaksikan anak sendiri mati tanpa iman, Nabi Ibrahim AS dilempar dalam api yang besar.

“Nabi Ismail dibentang untuk disembelih ayah sendiri, Nabi Yusuf AS difitnah dan dihumban dalam penjara dan Nabi Zakaria wafat digergaji, Nabi Ayub menderita dengan penyakit manakala Nabi Muhammad SAW kehilangan manusia yang dicintai,” katanya.

Baca juga:Meninggal dunia kebakaran dikira mati syahid, ini penerangan agamawan

Menurut Izzhar, manusia selalu akan memikirkan bahawa ALLAH mengasihinya apabila dikurniakan nikmat dan kelebihan tertentu.

Katanya, sekiranya ALLAH menarik balik ataupun mengambil semula daripada mereka nikmat dan kurniaan itu maka manusia akan berasa seolah-olah Tuhan tidak menyayanginya.

Baca juga:Pilih bidang agama, pelajar yatim piatu 11A teruskan Tingkatan 6 dan duduki STAM

“ALLAH telah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat ke-2, adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman, sedang mereka belum lagi diuji”.

Iklan

“Ada manusia semakin diuji semakin menyalahkan takdir dan memberontak serta jauh dengan ALLAH. Inilah azab.

“Ada manusia yang diuji dengan ujian sama membuatkan dia lagi sujud, meminta dan dekat dengan ALLAH. Inilah bahagia,” ujarnya.

Baca juga:11 anak dalami bidang agama, 4 huffaz al-Quran, Dr Nurwanis kongsi doa  amalan ibu bapa. Wajar dijadikan contoh!

Tambahnya, ujian bukan tanda kebencian Tuhan sebaliknya cara ALLAH mengesahkan keimanan seseorang itu.

Justeru itu, kita sebagai hamba-NYA perlu yakin dan sabar dengan segala dugaan supaya mendapat keredaan ALLAH di dunia dan akhirat kelak.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang