Sakit perut, terkejut nampak kepala baby, ibu ‘bayi ajaib’ cerita kronologi sebenar hamil dan bersalin
SAKIT perut disangka masalah penghadaman, wanita ini sama sekali tidak menjangka ia adalah kontraksi bersalin sehinggalah melihat bahagian kepala bayinya.
Kisah ‘bayi ajaib’ menjadi tular di laman sosial selepas seorang wanita, Nur Atiqah Mustafa, 24, melahirkan anak keduanya secara tiba-tiba.
Lebih menghairankan, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata tiada simptom kehamilan dialami seperti kelahiran anak pertama.
Baca juga: Baru bergerak 2km ke hospital, wanita bersalin dalam kereta raih perhatian warganet
Malah beliau turut menjalani kitaran haid normal setiap bulan selain mengambil pil perancang bagi mencegah kehamilan.
Keajaiban itu menjadi menjadi punca wanita itu terkejut dengan kelahiran bayi perempuannya secara tiba-tiba.
Baca juga: Bukan 44 hari, gaya hidup sihat seumur hidup, Dr Amalina kongsi 8 amalan selepas bersalin
Nur Atiqah yang mesra disapa Eyka berkata tanda-tanda kehamilan yang berbeza berbanding ketika mengandungkan anak sulungnya membuatkan beliau sama sekali tidak mengesyaki dirinya hamil lagi.
“Memang tiada sebarang simptom seperti saya hamil anak pertama dulu. Masa hamil anak pertama, saya adakalanya berasa loya, hilang selera makan. Malah fizikal saya seperti muka dan badan juga 'kembang' serta perut nampak besar.
“Tetapi kali ini langsung tiada tanda malah tiada alahan. Semuanya macam biasa dan saya sendiri pun tidak tahu hamil kerana kitaran haid seperti biasa,” katanya.
Baca juga: Ingat sembelit, wanita tak sedar hamil bersalin di tandas, hampir ‘flush’ bayi sendiri
Ibu muda itu memaklumkan mula merancang kehamilannya dengan mengamalkan pengambilan pil perancang keluarga yang dibeli dari sebuah farmasi berdekatan kediamannya di Bintong, Perlis.
Selain itu, Eyka turut mengimbas kembali proses kelahiran anak keduanya yang dinamakan Raiqa Hanania.
Berikut kronologi kelahiran ajaib yang dialaminya:
1-Wanita itu memberitahu, beliau dan suami, Amirul Azizan, 26, turut tidak menjangka rasa sakit perut dialaminya pada malam 18 Oktober lalu bukanlah sakit biasa.
2-“Apabila sakit perut dialami berlarutan pada pagi itu, saya ajak suami ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Belum sempat ke hospital, saya telah melahirkan anak di atas sofa selepas tiga kali meneran.
3-“Suami segera melihat keadaan selepas terdengar jeritan saya terkejut apabila ternampak kepala bayi.
4-“Beliau terpaksa menjadi bidan terjun menyambut kelahiran anak kedua kami.
5-“Saya kemudian meminta suami untuk menghubungi pihak ambulans untuk ke hospital selepas selamat melahirkan anak itu,” ujarnya.
Baca juga: Air selusuh boleh memudahkan wanita hamil bersalin? Ikuti penjelasan pakar sakit puan
6-Tambahnya, bayi perempuan seberat 3.7 kilogram yang dilahirkan sekitar jam 8.45 pagi disahkan sihat dan normal oleh doktor yang merawat.
7-Biarpun si kecil Raiqa hadir dengan penuh kejutan, Eyka yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga berasa gembira walapun mereka tidak membuat sebarang persiapan untuk menyambut kedatangan orang baharu.
Berita kelahiran si kecil berkenaan benar-benar mengejutkan warga maya. Rata-rata tersentuh dan menzahirkan kesyukuran kelahiran si kecil itu selamat. Ujar mereka:
-“Kun fayakun artinya “Jadilah, maka terjadilah”. Segala yang dikehendaki-Nya pasti terjadi sesuai dengan kehendak-Nya tanpa memerlukan bantuan pihak lain dan tidak ada halangan atau keterlambatan.”
-“Subhanallah....sungguh besar keagungan ALLAH.”
-“Subhanallah....hebat kuasa ALLAH melindungi ibu dan anak, semoga menjadi anak solehah.”
Tidak kurang yang berkongsi pengalaman tidak megetahui diri sedang hamil sehingga kandungan membesar. Malah ada yang tidak menyedari diri berbadan dua sampai bersalin.
-“Kes saya pula semasa anak sulung, enam bulan baru tahu hamil. Kitaran haid memang tidak teratur, langsung tiada alahan. Sedar sahaja kalau lepas makan mesti baby bergerak atau tendang. Buat ujian air kencing timbul dua garis, Alhamdulilalh kini sudah tujuh tahun umurnya.”
-“Macam kes emak dan adik bongsu saya. Emak tidak perasan mengandung tapi selalu rasa perut masuk angin. Ayah siap bawa emak urut buang angin. Bidan pun tidak nampak emak tengah mengandung. Genap sembilan bulan emak sakit perut seperti hendak buang air besar tetapi nampak kepala bayi. Semua orang panik ketika itu. Kuasa ALLAH, kini adik saya sudah 26 tahun usianya.”
Baca juga: Muat naik video wanita, isteri bersalin di media sosial, ini penjelasan mufti
Sumber: Sinar Harian, Eyka Ikaa
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang