Sebulan buat persediaan, ibu meninggal dunia sehari selepas sambut ulang tahun kelahiran anak kali pertama cetus sebak ramai
SEBULAN sebelum majlis, ibu mula membuat persediaan sambutan ulang tahun kelahiran anak kali pertama rupanya menjadi khidmat terakhir.
Setiap ibu bapa pastinya akan memberikan yang terbaik buat anak-anak lebih-lebih lagi dalam meraikan mereka.
Namun, lain pula dengan kisah ini, ibu bapa membuat persediaan majlis anak tersayang selama sebulan namun pengakhirannya bukan ‘happy ending’ apabila ibu dijemput Ilahi sehari selepas majlis berlangsung.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, pasangan suami isteri itu menyambut hari kelahiran anak berusia setahun, Haider Yusuf.
Namun, kejadian yang tidak diduga itu meruntun hati ramai apabila ibu, Athirah Jaafar, meninggal dunia sehari selepas meraikan ulang tahun pertama anaknya.
"Al-Fatihah Athirah Jaafar. Semoga ibu Yusuf ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yang soleh," kongsinya.
Sementara itu, Allahyarhamah Athirah sempat menitipkan doa di laman Facebook agar Haider menjadi anak yang soleh.
"Barakallah Fii Umrik Haider Yusuf. Semoga menjadi anak yang soleh, yang bijak pandai, yang taat kepada kedua orang tua, disenangi orang ramai, diberikan kesihatan tubuh badan," doanya.
Difahamkan, arwah rebah di tempat kerjanya sebelum dibawa ke pusat perubatan di Sarawak.
Baca juga ‘High Risk’ bukan sekadar dicop pada buku pink, wanita kongsi detik getir bersalin bayi 4.37kg
Perkongsian tersebut membuat ramai sebak melihat anak kecil itu. Antara komen warganet;
"Sedihnya... moga dipermudah segala urusan Yusuf dunia akhirat. Sama macam nama acik Yan moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Salam takziah."
"Kasihnya... Semoga membesar dengan sihat, dilindungi ALLAH selalu."
"Ya ALLAH jaminkanlah Syurga Firdaus tanpa azab dan hisab untuk arwah atas ihsan dan rahmat kasih sayang Mu.. Aamiin ya ALLAH."
"Semoga ini adalah bukti kasih sayang arwah ibu dan kenangan untuk Yusuf."
"Sebenarnya budak tu dah rasa ada yang akan tinggalkan dia sebab tu dia menangis. Tapi kita je yang tak tau."
Sumber: Facebook Athirah Jafar, Tiktok @nzra_d
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang