Sejak kecil sangka tidak akan kahwin sepanjang hayat, wanita ini syukur bertemu jodoh. ‘Moga syurga buat suamiku’

SETIAP makhluk diciptakan berpasangan namun jodoh itu rahsia ALLAH.

Siapa yang akan menjadi pasangan kita, hanya DIA yang tahu dan telah ditentukan Maha Pencipta sejak di Luh Mahfuz.

Malah jodoh, rezeki dan ajal adalah antara perkara sudah termaktub dan sebahagian daripada takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

Pensyarah muda, Siti Nurhikmah Razlan, 25, tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan pilihan hatinya, Syazmie Ikqram.

Baca juga: Jodoh luar biasa, dulu crush kini bergelar suami. Haziq selesa galas tanggungjawab bapa segera

Mereka yang mengikat pertunangan 21 Januari 2023 lalu selamat diijab kabul pada 28 April lalu di Masjid Negeri Sultan Ahmad, Kuantan, Pahang.

Ciapan Nurhikmah di Twitter berserta foto perkahwinan dalam persalinan serba putih baru-baru ini menjadi perhatian warganet.

Baca juga: Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini

“Kecil dulu ingat tak kawin sebab kita tak sempurna.

“Selalu cakap mana ada orang nak. Alhamdulillah semoga syurga buat suami saya insya-ALLAH,” titipnya.

Hantaran Nurhikmah menerima 31,000 tanda suka dan hampir 7,000 ciap semula.

Baca juga: Kuat jodohnya! Jadi suami isteri selepas 60 tahun cinta terhalang ketika remaja

Beliau tidak mempunyai bola mata pada mata kirinya sejak dilahirkan menerima titipan doa warganet agar terus berbahagia hingga ke akhir hayat.

– “ALLAHU cantiknya awak! Semoa berkekalan hingga ke syurga ALLAH.”

– “Alhamdulillah barakah ALLAH tiba untuk hamba-NYA yang ikhlas dan sabar. Tahniah semoga ke syurga untuk keduanya.”

Iklan

– “Masya-ALLAH cantiknya, semoga berkekalan hingga ke firdausi.”

– “Setiap ciptaan ALLAH adalah sempurna , yang tak sempurna adalah bila hati tidak bertakwa kepada-NYA. Tahniah.”

– “Sesungguhnya ALLAH SWT sebaik-baik perancang. Semoga bahagia hingga ke jannah bersama dengan suami tercinta.”

Nurhikmah pernah menjadi sorotan media selepas tampil yakin disolek di laman sosial seorang juru solek artis pada tahun 2020.

Jurusolek dikenali sebagai Sakinah memberi ‘sentuhan’ istimewa pada wajah Siti Nurhikmah hingga menimbulkan kekaguman ramai.

Iklan

Pernah menjalani pembedahan untuk sumbing dan di hidung kiri, wanita dibesarkan di Kuantan, Pahang itu mengakui, ibu bapa adalah pembakar semangat untuk terus kuat.

Baca juga:7 tip bujang cari jodoh Dr Fadzilah Kamsah, pilihlah yang lihat waktu terburuk kita, tidak malas

Sumber: Twitter @hikhokkkk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.