SEJAK beberapa hari ini tular satu artikel berkaitan ‘Di mana guru selepas waktu sekolah?’ yang ditulis oleh individu bernama Izyan Qistina Qusairi.

Artikel itu menjurus pandangannya terhadap perilaku pelajar sekolah yang dilihat tidak langsung mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) selepas melepasi pintu pagar sekolah yang dianggap tidak wajar.

Bertanyakan pada warga pendidik mengenai keadaan pelajar selepas waktu sekolah dianggap sebagai agak keterlaluan.

Rata-rata pendidik amat terkesan dengan artikel tersebut dan ia bagaikan ledakan bom daripada golongan berkenaan.

Mempersoal dan menyalahkan mengapa guru tidak mengambil tindakan atau memberi peringatan terhadap perkara itu dilihat telah mengguris hati semua guru.

Seperti ramai maklum, tugas guru jika mahu disenaraikan amatlah banyak bermula sebelum fajar menyingsing sehinggalah waktu tamat sekolah.

Turut terasa terpalit, seorang guru pendalaman, Cikgu MK Izudin atau nama sebenarnya Mohd Khairul Izzuddin Shaari tampil berkongsi tugasnya selama bergelar cikgu.

Katanya;

“Rambut budak panjang, cikgu jadi barber. Budak sakit, cikgu jadi doktor. Nak jadi penyanyi, cikgu jadi mekap artis. Kerja rumah tak siap, cikgu jadi naga.

“Selagi ada kudrat, selagi ada daya, akan kami jaga anak kalian sehabis baik. Itu janji kami,” tulisnya di laman Twitter.

Tulisan Cikgu MK Izudin ini disertakan dengan beberapa keping gambar yang menyentuh perasaan warganet.

“Selagi ada kudrat dan daya, anak kalian dijaga sehabis baik,” - Pengalaman guru pendalaman ini buat ramai tersentuh hati

Cikgu MK Izudin sekarang ada guru Matematik di SK Kuala Geris, Dabong, Kelantan dan pernah mengajar di SK Long Palai, Ulu Sarawak selama tujuh tahun sebelum ini.

Iklan

Artikel berkaitan: Persoal dan mempertikai guru tidak memantau pelajar selepas waktu sekolah tidak wajar – NUTP

Selain itu, ramai warga Twitter yang turut memberikan kata-kata semangat kepada Cikgu MK Izudin dan semua guru secara amnya.

Kata mereka, Sungguh mulia kerjaya seorang guru… Mudah-mudahan Allah rahmati semua insan yang bergelar guru.

Iklan

Tu sebab sampai sekarang aku hormat kat cikgu-cikgu… walaupun dah lama tinggalkan sekolah. Tak faham la org yang pertikaikan kerja-kerja cikgu ni.

Terima kasih cikgu… kalau ingat balik banyak betul jasa cikgu kat kita semua, cikgu buat semua tu just nak tengok semua student berjaya. Dah habis study cari kerja elok-elok.

Tahniah cikgu semoga anak-anak muridmu mengenangmu sampai akhir hayat.

Tahniah cikgu. moga terus berbakti demi anak bangsa.

Itu pun balik sekolah kena jaga lagi. Sabar la cikgu.

Yuppp terbaik cikgu… isteri saya juga seorang guru… they didn’t really know the sacrifices made by all cikgu.

Bila ada kes kecurian cikgu jadi polis penyiasat,bila ada kes histeria cikgu jadi bomoh… cikgu serba boleh.

Bila pensel or pemadam hilang pun cikgu jadi supplier. Jadi koperasi bergerak.

Tayar murid pancit waktu hujan, cikgu tolong.

Paling rare ini:  Ticer-ticer.. Tolong betulkan tudung saye.. Ticer.. Ticer ada anak? Ticer kenapa ticer ada misai? Ticer saya tak ada duit nak makan.. Ticer saya tak pandai solat jumaat sebab tak ada ayah.. Ticer bunyi udang tu macam mana?

Semoga terus ikhlas dalam perjuangan anak bangsa. Semoga rezeki melimpah ruah dan sentiasa lapang dada.

Jadi kalian, mari sama-sama doakan yang baik-baik untuk guru-guru. Guru antara tugas termulia.