"Selfish!"- Antivaksin buat eksperimen sosial dine-in cetus amarah ramai

"Selfish!"- Antivaksin buat eksperimen sosial dine-in cetus amarah ramai
"Selfish!"- Antivaksin buat eksperimen sosial dine-in cetus amarah ramai
A
A
A

UMUM sedia maklum baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan kemudahan untuk golongan rakyat yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Antara kelebihan yang diberikan ialah kebenaran dine-in di restoran.

Namun individu yang lengkap vaksin juga mestilah melepasi 14 hari daripada tarikh dos kedua bagi vaksin Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca manakala, individu yang menerima vaksin Johnson & Johnson dan CanSino perlu melepasi 28 hari setelah tarikh dos tunggal.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pun begitu, nampaknya ada juga individu yang tidak bertanggungjawab turut mengambil kesempatan menggunakan peluang yang diberikan walaupun tidak mengambil suntikan vaksin!

vaksin

Seperti yang tular baru-baru ini di Facebook perkongsian beberapa keping foto sebuah keluarga antivaksin dine-in di restoran yang menimbulkan amarah ramai.

Menerusi posting wanita berkenaan, dia sekeluarga dengan selambanya makan di restoran walaupun mereka belum menerima vaksin siap membawa anak-anak pergi ke restoran berkenaan.

Namun, setelah mendapat kecaman hebat daripada warga maya, posting tersebut telah dipadam.

Apa yang lebih membuatkan warganet berang, dia memuat naik posting ekperimen sosial tersebut lengkap bersama foto suami dan anak dengan bangganya.

Ujar mereka;

"Selamba buat social experiment dine-in di restoran bawa family sekali."

"Bila dia kena Covid-19 baru dia tahu seksa macam mana. Masatu nak menyesal tak vaksin dah tak berguna. Yang mana dah kena Covid berlumba-lumba nak vaksin."

"Selfish betul tak fikir anak-anak sendiri. Esok dah kena covid dekat family baru nak sedar. Orang asing dekat sini pun berebut nak kan vaksin. Awak warganegara tapi bersikap selfish macam ni."

Baca juga [VIDEO] Untungnya! Raja sehari dirai PPV, dapat pakej lengkap bersanding, iringan lagu dan pengacara majlis lagi

"Isunya bukan boleh dine-in atau pergi mana-mana. Isunya takut kau tu menjangkiti atau dijangkiti orang lain."

"Kenapa akak nyusahkan diri sendiri dan orang lain? Kalau akak anti segala pun, janganlah angkut dengan orang lain sama. So sad dengan akak."

"Disebabkan orang-orang macam nilah kami tak dapat merasa balik kampung jumpa mak ayah!"

[DIKEMASKINI] Bagaimanapun, portal berita tempatan melaporkan, pasangan suami isteri tersebut telah dicekup polis semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu dilakukan pukul 5 petang semalam di rumah mereka di Bandar Putera 2, Klang, Selangor.

Menurutnya, penahanan dibuat susulah pihaknya menerima aduan berhubung penularan medium media sosial pemilik akaun bernama Mujaheeda Soleha yang memuat naik kenyataan berkisarkan tentang ekperimen sosial mereka.

Katanya, pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.

Namun, kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis.

Ujar Shamsul Amar  lanjut,  kes disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Justeru, Shamsul Amar turut menegaskan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca