Sempat tayang result straight 9A tahun 2005, Dr Say Shazril nasihat SPM permulaan untuk…
PENUHposting menarik berkaitan result Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam di media sosial. Tak kiralah kisah yang manis dan duka dikongsikan ramai.
Bukan itu saja, artis dan usahawan terkenal juga mengambil peluang sama berkongsi berita gembira tentang keputusan cemerlang adik serta anak masing-masing yang menjadi kebanggaan keluarga.
Tak terkecuali, doktor selebriti, Dr Say Shazril juga tergerak hati untuk share keputusan cemerlang 9A untuk SPM yang diduduki pada tahun 2005.
Kongsi pemilik nama sebenar Dr Shazril Shaharuddin itu, pihaknya gusar melihat adik-adik zaman sekarang yang merasakan pendidikan tidak penting.
Timbul banyak persoalan yang mana belajar tinggi-tinggi tetap nanti kerja bawah orang juga atau tak ada kerja juga. Tidak kurang ada yang mengatakan gaji pun ciput juga.
“Dik, pernah dengar tak ilmu membentuk peribadi? Kalau adik peratikan yang banyak bising kat social media, yang kaki maki hamun caci itu ini kebanyakannya tin-tin kosong.
“Sebab rata-rata orang berilmu ni, dia lebih memilih untuk berdiam diri, untuk sibukkan diri dengan perkara yang lebih penting contohnya memajukan diri atau family,” tulisnya.
Justeru, beliau menasihatkan anak muda supaya jangan mudah terpengaruh dengan beberapa founder kaya raya atau influencer yang menayangkan gaya hidup mewah sehingga mengetepikan pembelajaran.
“Kita hidup ni lama dik dan ada pasang surutnya. Contohnya, adik jadi tiktoker, pastu adik tersalah buat posting yang membuatkan adik hilang semua pengikut adik, pastu adik nak hidup macam mana?
“Sekiranya adik ada ilmu dalam bentuk diploma atau degree atau masters atau PHD, anytime boleh pulang kepada ilmu adik tadi.
“Yes, SPM bukan segala-galanya tapi zaman sekarang takde UPSR, takde PMR, jadi sepanjang 11 tahun adik belajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah, SPM ini sahaja akan menjadi kayu pengukur,” nasihatnya.
Pada masa sama, pemegang title Influencer MeleTOP 2021 itu juga mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya memegang sijil SPM tak kiralah apa juga keputusan yang diterima.
Baca juga Rebut peluang! KPM kini buka permohonan pelantikan pengawas peperiksaan SPM 2023 kepada orang awam
“Sebab 2022, 30,000 pelajar tak ambil SPM cukup mengecewakan. Apa jua keputusan yang adik perolehi, ada hikmah di sebaliknya. Kalau teruk, its not the end of the world.
“Teruskan usaha, sambung pelajaran. Begitu juga kalau cemerlang, teruskan usaha sambung pelajaran supaya in the end kita boleh berbakti,” sarannya.
Ini katanya, SPM adalah tiket kepada arah tuju adik-adik selepas ini.
“Abang dulu dapat result macam ni yang membenarkan abang buat medic. Tapi result begini pun, sampai ke hari ni isteri abang gelakkan abang tang B3 tu.
“Abang tak kisah sebab subjek tu rasanya dah pupus kat Malaysia kot, kan,” tulisnya menutup perkongsian.
Bagus juga saranan dan nasihat yang dikongsikan pakar bertauliah tersebut dan kepada adik-adik semua, jangan cepat mengalah kerana masih jauh lagi perjalanan.
Paling penting, kuatkan hati untuk sambung belajar dan realisasikan impian untuk menjadi anak yang berguna untuk famili, bangsa dan negara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang