Sempoi majlis kenduri kahwin dalam kebun, tetamu makan durian
PERSIAPAN perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah.
Banyak perkara yang perlu diambil berat dan dilakukan sebelum majlis perkahwinan.
Antara perkara yang harus diteliti dan dipersiap adalah tempat kenduri yang akan di adakan.
Lain pula dengan Suzilawati Amran, 48, yang telah memilih kebunnya sendiri untuk tetamu meraikan hari bersejarah anaknya itu.
Katanya, walaupun majlis dalam kebun dan pelamin hanya yang jenis open.. Semua tetamu mahu bergambar.
"Sedara-mara duduk santai bawah pokok. Tetamu datang pun tak nak balik sebab udara segar dan pemandangan yang indah."Tambah lagi makanan pun banyak. Lagilah pada masa itu musim durian," ujarnya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Usahawan buat ‘live’ berjaya jual 2,000 tanglung
Katanya kepada SinarPlus, dia membuat keputusan untuk buat majlis dalam kebun itu memandangkan anaknya memilih konsep nature tidak mahu membuat kenduri di dewan.
"Saya hanya bimbangkan hujan tapi doa dan yakin, hujan panas milik Allah, saya teruskanlah."Manfaatkan kebun anda. Jimat kos," katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang