PEMPENGARUH dan usahawan terkenal, Khairul Aming sekali lagi menjadi bualan warga maya selepas telah berjaya menjual 25,000 botol Sambal Nyet sempena promosi Shopee 11.11 baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Khairul Aming dilaman Instagramnya, beliau menunjukkan hasil jualan Sambal Nyet untuk sehari sahaja berjaya meraih RM375,779.58.

Baca juga: ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Rata-rata warga maya berasa teruja dan mengidamkan kejayaan bisnes seperti yang diusahakan oleh Khairul Aming.

Usahawan muda ini juga turut menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang tidak pernah putus-putus menyokong produk keluaran syarikatnya. Khairul Aming juga sentiasa memastikan pelanggan-pelanggannya mendapat kepuasan daripada produk yang di pasarkannya.

Baca juga: Khairul Aming kongsi jatuh bangun, rupanya banyak kali gagal sebelum miliki 2 kilang. Jadi inspirasi wanita

Memang patut Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman ini dijadikan sumber inspirasi anak muda yang ingin berkecimpung dalam dunia bisnes. Bayangkan dengan hanya dalam masa yang singkat sahaja beliau berjaya menjual puluhan ribu botol Sambal Nyet.

Sambal Nyet keluaran syarikat beliau sentiasa menjadi buruan. Ramai pembeli terpaksa ‘berebut’ untuk mendapatkan sambal tersebut.

Hanya dalam tempoh yang singkat sahaja sebaik mengemaskini stok pada akaun jualan Shopeenya, sambal tersebut habis terjual.

Produk tersebut sentiasa mempunyai peminatnya yang tersendiri meskipun sudah lama dilancarkan di pasaran. Malah masih ada pengguna yang masih gagal untuk mendapatkan sambal itu hingga ke hari ini gara-gara sentiasa sahaja habis terjual hanya dalam masa beberapa minit sahaja.

Baca juga: Inspirasi! Setahun jual sambal raih RM7.5 juta, Khairul Aming buka kilang di Kelantan

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya menjadikan Khairul Aming sebagai sumber inspirasi mereka untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka juga turut mendoakan agar rezeki usahawan itu sentiasa melimpah ruah.

Berikut antara komen yang dikongsikan warga maya:

– “Hebat sungguh. Doakan bisnes saya pun berjaya seperti ini.”

– “Alhamdulillah tahniah Khairul Aming. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.”

– “Masya-ALLAH. Alhamdulillah. Semoga produk Khairul Aming terus sukses.”

– “Saya doakan semoga hidup encik sukses selalu dunia akhirat.”

– “ALLAHUAKBAR, alhamdulillah rezeki tidak pernah salah alamat.”

– “Tahniah Khairul Aming dan team. Semoga sukses selalu.”

– “Sambal Nyet awak memang terbaik. Akak doakan awak terus sukses.”

– “Tahniah atas rezeki ALLAH. Semoga rezeki awak memberi sejuta kebaikan kepada Islam. Aamin.”

Baca juga: Khairul Aming, MUA Bellaz sumbang puluhan ribu, hasil jualan produk pada tabung Palestin

Iklan

Rahsia Khairul Aming berjaya dalam dunia perniagaan

– Sentiasa merendah diri.

– Sumber inspirasi beliau ialah pengikutnya sendiri dilaman media sosial seperti Instagram dan Tiktok.

– Sudah lima tahun menghasilkan video memasak.

– Bermula dari bawah. Pernah melalui jatuh bangun dalam dunia perniagaan sebelum berjaya seperti sekarang.

– Tidak pernah berputus asa mengejar impian dan kejayaan.

– Sentiasa ingin mengembangkan perniagaannya. Sekarang sudah ada dua kilang.

– Sentiasa menghargai pekerja dan mereka yang sama-sama bersusah-payah membangunkan perniagaan yang diusahakannya.

Iklan

– Menggunakan sepenuhnya platform media sosial sebagai medium untuk mempromosikan perniagaannya.

– Sentiasa menerima teguran dengan hati yang terbuka terutama daripada para pelanggannya.

Baca juga: Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya

Sumber: Khairul Aming

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi