ISU perselisihan faham antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah, Ebit Lew berkaitan misi kemanusiaan di
Gaza mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dijadualkan akan mengadakan sesi ‘live’ di media sosial pada jam 12 tengah hari ini bagi menjelaskan kontroversi yang berlaku.

Di laman sosial miliknya pada malam tadi, beliau memberitahu, semua tuduhan dilemparkan adalah fitnah melampau dan tidak berasas.

“Doakan ya esok (hari ini) pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.

“Saya bersyukur pada ALLAH kerana DIA MAHA BAIK dan MAHA BESAR. Saya cuma orang biasa dan pendosa.

“Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.

“Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis,isteri kepada team saya menangis…

“Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ini anak saya peluk saya menangis,” coretnya.

Lega! Caprice sahkan Ebit Lew selamat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin

Terdahulu, Ebit telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa individu semalam.

Beliau turut memaklumkan dalam laporan polis dengan menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri, Caprice dan beberapa individu lain.

Iklan

Baca juga Diserang sakit misteri, muntah keluar rambut dan histeria sampai panjat dinding, ibu ini kongsi kisah sedih anaknya

Iklan

Beliau memaklumkan mempunyai bukti lengkap untuk menyangkal segala tuduhan dilontarkan terhadapnya dan menyerahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan lain selepas laporan polis dibuat, Caprice pula menerusi Instagram mengumumkan pembatalan sesi ‘live’ yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 malam Rabu.

“Minta maaf guys, ada orang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat live 10 malam ini. Insha-ALLAH, the truth will be revealed by itself,” katanya.