Suami isteri marah pengawal keselamatan kerana tak bantu jagakan anak raih perhatian warganet
PENGAWAL keselamatan lazimnya bertanggungjawab menjalankan tugas seperti mengawal sesuatu kawasan atau bangunan daripada diceroboh, melakukan rondaan dan menyelesaikan masalah atau keadaan huru hara
Bagaimanapun ada yang salah anggap tugas mereka sehingga baru-baru ini tular di laman sosial insiden kacau-ganggu penyewa.
Turut viral video yang memaparkan kejadian yang difahamkan melibatkan pengawal keselamatan dan pasangan suami isteri di sebuah kondominium di Sentul, Kuala Lumpur.
Menerusi notis yang dikeluarkan dua individu yang merupakan pasangan suami isteri dilihat sedang memarahi seorang pengawal keselamatan dengan kata-kata kasar dan kesat.
Pertengkaran itu berlaku dipercayai gara-gara mereka meninggalkan anak mereka di meja pengawal keselamatan yang mengharapkan dapat dijaga oleh mereka untuk seketika.
Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pasangan suami isteri tersebut yang merupakan penyewa di sebuah unit turut mengeluarkan ugutan dan cuba melakukan kekasaran fizikal.
Susulan insiden itu, pihak pengurusan kondominium turut memaklumkan akan mengambil tindakan lanjut dan laporan polis juga telah dibuat terhadap pasangan terbabit atas ugutan dan cubaan melakukan kekasaran fizikal.
Notis yang dimuat naik Perbadanan Pengurusan Residensi Awani di Facebook bersama tangkap layar insiden yang diambil dari CCTV di lobi premis berkenaan yang kemudiannya dikongsikan di Twitter sehingga meraih perhatian warga maya.
Tindak tanduk pasangan terbabit mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata netizen. Kebanyakan berpendapat ia tidak wajar berlaku memandangkan anak adalah dibawah tanggungjawab ibu bapa.
Tambahan pula ketika itu pengawal keselamatan terbabit sedang melaksanakan tugas pertukaran anggota untuk melakukan rondaan.
Dalam pada itu, turut tular rakaman video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh orang awam yang menegur tingkah laku pasangan terbabit.
Rata-rata netizen bengang dengan tindakan lelaki tersebut seolah-olah menganggap pengawal keselamatan sebagai orang suruhan.
Tidak sekadar itu, ramai turut mempersoalkan tindakan pasangan berkenaan yang berani meninggalkan anak mereka di dalam jagaan orang untuk dijaga walaupun sementara.
Ibu bapa seharusnya tidak cuai dalam menjaga anak kecil. Keselamatan mereka tidak boleh pandang remeh kerana ia membabitkan nyawa.
Baca juga: Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat
Jom follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Facebook Perbadanan Residensi Sky Awani, Twitter MyNewshub
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang