KECOH di media sosial hari ini individu yang pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah di laman Facebooknya hari ini.

"Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

"Salam takziah buat Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf (isteri) serta seluruh ahli keluarga dan kerabat," tulisnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

‘Sultan Melaka’ meninggal dunia akibat Covid-19

Iklan

Menurut laporan portal tempatan, Noor Jan, 64, dikatakan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor.

Baca juga Terkait kontroversi hangat, Ebit teruskan misi bantuan di Yan

Iklan

Dalam pada itu, berita kematian tersebut tular di media sosial sejak tengah hari tadi dengan rata-rata warbanet meninggalkan komen bertanda pagar #covidfighter yang memberi gambaran beliau meninggal dunia akibat Covid-19.

Al-Fatihah dan salam takziah buat ahli keluarga.