HomeKisah MasyarakatInspirasiSweetnya! 8 tahun sorok...

Sweetnya! 8 tahun sorok buah hati daripada media & keluarga, Lee Chong Wei dedah kisah cinta dengan isteri

8 tahun sorok buah hati dari media & keluarga, Lee Chong Wei dedah kisah cinta dengan isteri

KISAH cinta i bekas jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan isteri Datin Wong Mew Choo selalu menjadi perhatian.

Siapa sangka pemenang pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, 2012 dan 2016 itu pernah menyorokkan percintaanya dengan Mew Choo selama lapan tahun sebelum mendedahkan kepada umum.

Kisah percintaan di bangku persekolahan antara beliau dan Mew Choo dirahsiakan demi menjaga buah hatinya itu daripada media dan tekanan keluarga.

Segalanya diluahkan Chong Wei dalam titipan ulang tahun hari lahir kelahiran ke-40.

Baca juga: ‘Apa lagi saya perlu bila saya ada Mew Choo?’ Lee Chong Wei akui lelaki paling bertuah

“Semasa zaman persekolahan ketika beg orang lain dipenuhi dengan buku dan pen, beg saya hanya diisi dengan bantal untuk tidur. Saya akan meminjam beberapa helai kertas dan pen daripada gadis yang duduk di hadapan saya. Saya akan menendang kerusinya untuk menarik perhatian.

“Saya akan memintanya menjadi teman wanita ketika bermain di Kejohanan Remaja Dunia dan ketika dia sedang menduduki SPM. Saya akan memintanya untuk menjadi teman wanita saya secara senyap-senyap walaupun dia berkata ‘tidak’ kerana dibantah ibu bapa dan kakaknya.

“Saya akan menunggu di kawasan tangga di asrama kami untuk bercakap dengannya. Saya akan memegang tangannya untuk berlari menaiki tangga apabila mendengar orang luar datang di kawasan itu,” titip Chong Wei.

Namun ternyata jodoh antara keduanya cukup kuat. Biarpun pernah menolak cinta Chong Wei, bekas pemain badminton perseorangan wanita negara itu akhirnya menerima lamaran cinta.

Bagaimanapun ikatan kasih antara mereka berdua dirahsiakan Chong Wei daripada media dan tekanan keluarga.

Baca juga: ‘Selamat datang, perseorangan ketiga terima kasih isteri.’-Lee Chong Wei umum timang anak ketiga

“Saya merahsiakan hubungan kami selama lapan tahun untuk melindunginya daripada tekanan media dan keluarga. Saya akan berkahwin dengannya. Saya menjadi bapa kepada tiga anak dengannya.

“Jika saya boleh memutarkan masa, saya tidak akan mengubah apa-apa yang saya lakukan untuknya.Saya cintakannya dan akan memegang tangannya sehingga akhirnya. Selamat hari lahir satu-satunya cintaku, Mew Choo,” titip legenda badminton yang pernah berada pada ranking nombor satu dunia selama 199 minggu berturut-turut iaitu dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

Baca juga: Anak sedih kawan baik tak makan sekali, Datuk Lee Chong Wei terasa bersalah

Terharu mengikuti kisah cinta antara keduanya, warganet mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan kebahagian selama-lamanya.

Iklan

Tidak ketinggalan ramai yang menitipkan ucapan hari lahir buat Mew Choo.

– “Such a romantic story Datuk. Happy birthday Datin Mew Choo. You are blessed to have the love of your life by your side. Have a fabulous day with your loved ones.”

– “Wow! Cinta keras. Wonderful love story Datuk LCW. Happy Blessed Birthday Datin.”

– “So sweet. Happy birthday Datin, the real man that will work hard for a woman is true love.”

– “Happy Birthday Datin… you’re so lucky to have a man like DLCW who loves you very much. May you two will happy together forever.”

Iklan

Mendirikan perkahwinan pada 9 Nov 2012, Chong Weo dan Mew Choo kini diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu Kingston, 10 dan Terrance, 8, dan Anson, lima bulan.

Baca juga: Wira datang menyelamat! Chong Wei beri sumbangan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar

Baca juga: Skuad badminton’ berbisa’ penyumbang pingat paling banyak Sukan Olimpik buat negara

Sumber: Instagram Lee Chong Wei 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron...

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai....

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya,...