BENARLAH orang kata, kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Biarpun cinta pernah ditolak, dek kerana kecekalannya tidak berputus asa mengurat wanita idaman hati, warga emas Abdullah Ali , 86, kini kembali bergelar suami.

Warga emas dari Kampung Aman, Kandis, Bachok, Kelantan itu meluahkan rasa syukur apabila pinangannya diterima selepas setahun mengurat wanita idaman hati.

Bapa kepada yang mempunyai tiga anak berusia 60 hingga 65 tahun itu berkata, pinangannya pernah ditolak oleh isteri, Siti Zabidah Zakaria, 63, yang ketika itu belum terbuka hati untuk berumah tangga.

Namun takdir ALLAH mengatasi segalanya apabila kini beliau dan wanita idaman sudahpun bergelar suami isteri.

“Selepas ditolak, saya tidak berputus asa. Setahun saya cuba tambat hatinya, alhamdulillah jodoh kami ada dan selamat disatukan pada Sabtu lalu,” katanya kepada wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Baca juga: Pasangan warga emas baru kenal 10 hari, terus berkahwin. Pindah ke rumah isteri bawa motor saja

Baca juga: Usia 70 tahun, Hulk Hogan bertemu jodoh kali ketiga dengan guru yoga

Baca juga: Beza umur 34 tahun, suami disangka cucu, Rokiah bahagia di samping jodoh 27 tahun

Terdahulu, perkahwinan warga emas itu tular di laman sosial TikTok majlis akad nikah Abdullah dan Siti Zabidah yang diadakan di Masjid Al-Abrar, Mukim Pauh Sembilan.

Abdullah mengakui, bukan mudah untuk menambat hati Siti Zabidah kerana pada awalnya wanita itu tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin.

 

Ujarnya lagi, ia disebabkan oleh Siti Zabidah pernah berkahwin dua kali dan kedua-dua suaminya telah meninggal dunia iaitu pada tahun 2003 dan 2021.

“Lagipun kami berdua masing-masing tinggal sendirian.

“Kebetulan anak-anak saya sama baya dengan isteri dan memberi restu untuk kami bersatu,” katanya.

Baca juga: Suami lahir 1970, isteri 2004, wanita mohon petunjuk sebelum kahwin kenalan ayah berbeza usia 34 tahun

Iklan

Baca juga: Kuat jodohnya! Jadi suami isteri selepas 60 tahun cinta terhalang ketika remaja

Baca juga: Sampainya hati! Terpisah kerana perang, 54 tahun wanita setia menunggu, suami beristeri baru, miliki anak cucu

 

Menurut Abdullah, perkahwinan itu lebih kepada ingin mencari teman untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.

Iklan

Ujarnya, setakat ini penglihatannya masih jelas dan boleh memandu, dia begitu seronok dapat membawa Siti Zabidah bersiar-siar.

Petani itu bersyukur beliau dan isteri tidak menghidap sebarang penyakit walaupun sudah berusia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!