“SYUKUR diberi kepercayaan untuk memegang mandat ini tetapi sangat gementar mengenangkan tanggungjawab dan amanah yang besar yang perlu dipikul.

“Insya-ALLAH, I can do this! Wish me luck!”

Demikian titip penyanyi Diddy AF atau Dr Syamsul Hirdi Muhid yang dilantik sebagai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Universiti Utara Malaysia (SCIMPA) baru-baru ini.

Diberikan peluang menyertai barisan pengurusan pusat pengajian berkenaan, Diddy yang memiliki pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik, University of Liverpool menyifatkan ia adalah pencapaian terbesarnya pada tahun ini.

“2024 will be adventurous for me.

“This is my first and big attempt for this year to stay out of my comfort zone,” kongsinya di Instagram.

Baca juga: ‘Dulu sebab ibu, sekarang minat.’ Sambung belajar A-Level & diploma serentak, Diana Danielle jadi inspirasi. Girl power!

Baca juga: Inspirasi! Tini 3R kini doktor falsafah, genggam PhD Komunikasi

Baca juga: Tahniah! Tomok, Pekin, Aril Pilus genggam ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif UUM, siap selempang emas

Baca juga: Restu ibu mengiringi, Jasmine Suraya pilih berlakon filem Indonesia sebelum sambung pengajian di LA

Warga maya turut mengucapkan tahniah dan menjadikan pelantikan beliau itu sebagai inspirasi.

– “Timbalan Dekan. Wow! So proud of you Diddy.”

– “Look at how far you’ve come. So proud of you Dr Diddy.”

– “Wow applause bro, congrats atas pelantikan Deputy Dean HEP. Semoga dipmudahkan segala urusan Dr dalam menjalankan tugas dan dapat melaksanakannya penuh amanah.”

– “You can do it my bro!”

Iklan

– “Congrats Diddy, moga berkhidmat dengan cemerlang dan jayanya.”

Baca juga: Inspirasi! Dr Izazi terima PhD pada usia 29 tahun kini pensyarah di Korea Selatan

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Diddy merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat bersama Hazama, Salima, Farhan dan Leez.

Iklan

Memiliki Diploma Pentadbiran Perniagaan, penyanyi berusia 38 tahun itu kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan tajaan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi.

Diddy meraih keputusan cemerlang sehingga dinobatkan Anugerah Naib Canselor UUM kemudian menerima tawaran menyambung pengajian Ijazah Sarjana dan PhD di University Liverpool, United Kingdom.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!