Tahniah! Rizalman dilantik Profesor Adjung UiTM

A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Akademi Islam dan Kontemporari Universiti Teknologi MARA (ACIS).

Berita berkenaan dikongsikan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh  pengurusan tertinggi Rizalman di laman Instagram rasmi beliau.

Usahawan berusia 51 tahun menerima pelantikan berkenaan berkuat kuasa dari 13hb Ogos 2023 sehingga 30hb Julai 2025.

Baca juga: 'Biaqlah kami laksana dahulu'- Rizalman tutup operasi seketika demi keselamatan staf

"Pihak pengurusan dan seluruh kakitangan Rizalman Ibrahim Group of Companies (RIC) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Rizalman Ibrahim selaku Pengasas dan Pengerusi RIC atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung oleh pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Berbekalkan pengalaman luas di dalam pelbagai bidang yang diceburi selama ini dan jiwa philanthropis yang di miliki , kami yakin beliau dapat menyumbang idea dan buah fikiran dalam mengolah pemikiran generasi muda terutamanya di institusi pengajian tinggi untuk menjadi seorang yang berfikiran luas dan berpandangan jauh," katanya.

Dalam pada itu, pengurusan tertinggi Rizalman Ibrahim Group menyifatkan pelantikan berkenaan memacu pembangunan ilmu dan pengiktirafan.

"Insya-ALLAH pelantikan akan membuka lebih banyak ruang beliau itu melontar pendapat dan pandangan di dalam memacu pembangunan ilmu yang sering dikaitkan sebagai non syariah compliance kepada yang lebih menepati serta mematuhi syariah selari dengan perkembangan teknologi.

"Ia juga merupakan pengiktirafan atas segala idea dan pelaksanaan aktiviti dan program yang telah dicetuskan oleh beliau terutama kemampuan menarik para penjariah untuk bersama-sama beramal, merancang dan melaksanakan program-program kemasyarakatan berimpak tinggi.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak UiTM atas pelantikan ini yang juga merupakan satu penghormatan buat Datuk Rizalman Haji Ibrahim secara peribadi dan ahli-ahli syarikat yang bernaung dibawah kepimpinan beliau," katanya.

Baca juga: Pusat ngaji al-Quran percuma Datuk Rizalman, warga Johor boleh rebut peluang

Rizalman ketika menyampaikan komputer riba kepada 100 pelajar UiTM sumbangan daripada Yayasan Ri pada tahun 2022.

Rizalman dalam hantaran di laman sosial Instagram berkongsi kapsyen berupa lafaz zikir laa hawla wa laa quwwata illa billah.

Beliau terdahulu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM berkuat kuasa 9 Oktober 2020.

Rizalman adalah pereka dan usahawan yang tidak asing lagi industri fesyen tanah air. Dilahirkan pada 28 Oktober 1971, beliau adalah alumni UiTM dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen).

Antara anugerah yang dimenanginya ialah Mercedes-Benz Asian Fashion Award di Anugerah Fesyen Antarabangsa-Malaysia 2004 (MIFA 2004), Style Star Of The Year Award 2008 dan Mercedez Benz Stylo Award.

Pada 20 Februari 2020, pereka kelahiran Pulau Pinang itu mengumumkan pengundurannya dari bidang rekaan fesyen selepas tiga dekad mencurahkan khidmat bakti.

Baca juga: Datuk Rizalman Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca