"Tak terbalas perjuangan dan pengorbanan mereka," Ustaz Ebit ziarah waris anggota polis kemalangan

A
A
A

SEMALAM, negara digemparkan dengan tragedi menimpa dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang menjalankan tugas.

Terkesan dengan kejadian itu, penceramah dan usahawan, Ustaz Ebit Lew turut terpanggil mengunjungi waris kedua-dua mangsa tersebut.

Ustaz Ebit sempat mengunjungi waris mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, dan menziarahi keluarga Lans Koperal Mohamad Fadhirul Musa, 32, di hospital.

Dalam satu perkongsian di Facebook miliknya malam tadi, beliau turut bersedih dan sayu atas apa yang menimpa kepada dua anggota itu.

Hargai jasa anggota polis, Ustaz Ebit ziarah waris

Kongsi beliau;

"Sayu sangat hati hari ini perginya seorang pejuang anggota PDRM Konstabel Nicholester Dadup Unggat. Dan seorang lagi cedera parah L-Kpl Mohamad Fadhirul. Mereka kemalangan semasa

mengejar penjenayah.

"Terus bergegas ke Johor. Sampai je terharu sangat. Ketua Polis Johor yang teramat saya hormati dan sayangi, Datuk Ayob Khan menanti saya dan bawa ziarah mereka walau dah malam. Semua anggota Polis dan keluarga ramai di sini.

Artikel berkaitan: Bukan setakat kisah pakcik ini bikin warganet sebak , ‘benda’ rare pun jadi perhatian

"Kakaknya mendiang tadi kata, terharu sangat dan tak sangka ustaz datang ke sini. Saya ikut ustaz. Kakaknya menangis je tadi. Esok mendiang akan dibawa ke Sibu oleh PDRM semuanya. Dari kecil beliau ingin menjadi polis. Banyak kali interview naik bas. Cita-citanya nak jadi polis. Baru berumur 20 tahun. Kakaknya nurse di hospital. Menangis je tadi. Sempat beri kata semangat dan ucap takziah dan sabar. Baik kakaknya.

"Selepas itu ziarah seorang lagi anggota cedera parah. Isteri dan anak semua ada kawasan hospital. Sayu rasa. Menangis je isterinya. Allahuakbar..." tulisnya.

Ustaz Ebit turut menyumbangkan RM2,000 kepada waris kedua-dua mangsa.

"Tak terbalas perjuangan dan pengorbanan mereka. Semoga keluarga semua tabah," katanya.

Hargai jasa anggota polis, Ustaz Ebit ziarah waris

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca