TENGKU Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah semalam meraikan ulang tahun yang ke-18.

Biarpun majlis istimewa itu diraikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan secara sederhana, tetapi jelas terpancar kebahagiaan pada wajah puteri bongsu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tersebut.

Bersempena ulang tahun berkenaan laman sosial, House of Pahang telah memuat naik koleksi foto Tengku Puteri bersama variasi kek hari jadi yang menampilkan dekorasi comel dan menarik.

Antaranya kek McJihan warna merah dan kuning yang mana di atas manisan itu terdapat ukiran patung simbolik Tengku Puteri Jihan sedang duduk di kerusi berbentuk kentang goreng.

Ia termasuklah, hidangan kek dihiasi set kosmetik jenama antarabangsa seperti gincu, pembayang mata, pemerah pipi dan berus solekan.

tengku puteri jihan
VARIASI kek comel memeriahkan sambutan ulang tahun Tengku Puteru Jihan yang ke-18 semalam.

Pun begitu, paling menarik perhatian warga net adalah sebiji kek bertatah coklat huruf J, hasil air tangan Raja Permaisuri Agong demi puteri tercinta.

“Semasa saya kecil, bonda selalu buat kek hari jadi sendiri untuk kami dan sehingga kini saya masih mengingat momen indah itu.

“Satu hari nanti apabila Jihan dah ada anak sendiri, Jihan pun akan buat kek untuk anak-anaknya. Tradisi harus diteruskan,” coret beliau menerusi laman sosial Instagram, @airtangan_tunkuazizah semalam.

Iklan
tengku puteri jihan
KEK coklat istimewa daripada air tangan Raja Permaisuri Agong khas buat Tengku Puteri Jihan. 

Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong turut menitipkan doa buat Tengku Puteri Jihan.

“Semoga ALLAH SWT tetapkan iman, murahkan rezeki, kurniakan taufik dan hidayah, tunjukkan ke jalan yang benar, diberi kesihatan dan kebahagiaan dan sentiasa dirahmati.

“Semoga dipertemukan jodoh terbaik dan kekal menjadi insan yang baik, manis dan disayangi. Awak selalu berada di sisi dan memberikan sokongan. Anak mama yang solehah,” luah baginda.

Iklan
tengku puteri jihan
TENGKU PUTERI JIHAN meraikan ulang tahun secara sederhana (gambar tengah) semalam.

Tengku Puteri Jihan turut memiliki empat beradik perempuan yang jelita, anggun dan bijak terdiri daripada puteri sulung, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera, Tengku Ilyana.

Sementara itu, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah pula merupakan puteri keempat yang merupakan pasangan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.