TINDAKAN seorang lelaki menziarahi kubur pada pagi Hari Raya Aidiladha baru-baru ini telah menyebabkannya dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) fasa satu perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pasukan khas pematuhan SOP Fasa Satu Perintah Kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13, Negeri Sembilan pada jam 11.40 pagi.

Kisah pemuda tersebut dikompaun telah mendapat perhatian bekas pemain bolak sepak Kedah, Azmeer Yusof.

Beliau menyatakan niat murni untuk membantu melunaskan denda lelaki berkenaan.

Justeru, menerusi hantaran Facebook, Azmeer meminta kerjasama warganet mengesan lelaki terbabit dan akhirnya berjaya menghubungi individu itu.

Baca juga Peguam Neelofa Hubungi Abang Burger, Mahu Bantu Langsai Kompaun RM50k

“Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena saman. Sekarang ni abang itu dalam perjalanan ke pejabat kesihatan. Insya-ALLAH sebentar lagi selesai segalanya.

“Terima kasih kepada semua yang tolong cari abang tu dan mendoakan. Semoga kita semua dirahmati ALLAH SWT,” tulisnya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dikenali Syafiz Huzairi dipercayai abang kepada lelaki berkenaan berkongsi tangkap layar berita mengenai kompaun berkenaan.

Iklan

Dalam hantaran ditulis dialek Negeri Sembilan itu, Syafiz menyatakan adiknya menziarah kubur ayah dan ibu yang terletak tidak jauh dari rumah.

Iklan

Ketika menziarah dibawa bersama dua anak saudara berusia tiga tahun dan lima tahun.

Pada masa sama, beliau menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih terhadap mereka yang sudi membantu.

Sumber: Azmeer Yusof, Syafiz Huzairi