BETUL pepatah mengatakan kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Tanpa seorang lelaki yang dipanggil ayah, maka tiadalah kita lahir ke dunia ini.

Pengorbanan ayah yang sanggup berjuang demi mencari rezeki untuk menyara keluarga serta membesarkan anak-anak sehingga dewasa wajib kita hargai.

Begitulah juga perkongsian seorang pengguna Twitter @AmirulRuslam yang amat menyentuh hati warganet menggambarkan usaha seorang ayah untuk menggembirakan anaknya serta turut memohon semua untuk hargai pengorbanan ibu dan bapa.

Mari kita ikuti perkongsiannya.

“Pulangku dari kerja sambil kemas barang di bonet kereta.

Terlihat seorang ayah yang baru keluar dari Speedmart, bersebelahan dengan Ofis aku.

Ayah itu keluarkan aiskrim Cornetto daripada plastik lalu diberikan kepada anak perempuannya yang sedang duduk di atas motor, lalu anaknya berkata..

“Terima kasih ayah, dah tiga bulan kita tak makan aiskrim ni kan”

Ayahnya membalas kembali.

“Hari ni ayah baru dapat gaji, kamu pun dapat keputusan yang baik.

Kamu belajar rajin-rajin tau, nanti ayah belanja lagi aiskrim ni” kata si ayah.

“Terima kasih ayah! sayang ayah!” dibalas anaknya.

Selepas daripada melihat kejadian tersebut, aku renung seketika di dalam kereta apa itu erti kehidupan.

Usaha dan pengorbanan seorang ayah yang ingin menggembirakan anaknya walaupun hanya dengan sebatang aiskrim Cornetto.

Artikel berkaitan: Bekas suami Datuk Seri Vida selamat nikah

Ada orang, sesuatu barang kehendak itu hanya pandangan biasa saja baginya.

Kerana bagi mereka, barang itu boleh dibeli lebih daripada satu atas sebab mereka lebih daripada mampu.

Ada orang pula, mereka juga ingin membeli barang kehendak.

Namun mereka berfikir berulang kali kerana ada barang keperluan yang perlu didahulukan.

Cuba kita renung kembali, bila kita fikir kita dalam kesusahan.

Sebenarnya ada yang lebih susah daripada kita.

Kita fikir kita sudah susah kerana hanya ada RM50 untuk makan seminggu seorang.

Tapi ada keluarga gunakan RM50 untuk makan sebulan.

Dan selain daripada menghargai jasa seorang ibu.

Jangan lupa juga hargai dan balas jasa seorang ayah.

Kerana kebiasaannya seorang ayah itu tidak pernah tunjukkan keletihan dan kesempitan hidup yang dia sedang alami.

Hanya ukirkan senyuman & ketenangan pada orang yang disayangi.

Kerana daripada kecil lagi lelaki sudah dididik begitu.

Menggantikan tangisan dengan menajamkan akal dan cekalkan jiwa.

Teruskanlah rasa syukur dengan apa yang kita ada.

Iklan

Dan terus juga rasa syukur dan husnuzhon pada Allah apabila kita ditimba ujian serta musibah.

Kerana mungkin kesusahan orang lain lebih susah daripada kita.

Kerana..

Bila Allah uji kita, tanda Allah sayang pada hambaNya.

Oh ya, aku tak kepilkan gambar untuk kejadian yang aku ceritakan kerana menghormati keluarga tersebut.

Dan aku pun tidak mahu ambil gambar kerana aku ingin lebih menghayati pengajaran yang sedang keluarga ini berikan padaku.

Jadi, kita sebagai anak haruslah menghormati ayah dan menghargainya.

Jangan sesekali melukakan hati dan perasaannya. Walaupun ibu lebih utama, tetapi ayah juga memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan berpendidikan.

Iklan

Rata-rata warganet amat sayu mengenangkan pengorbanan bapa masing-masing, antaranya:

Hanif @mhdhanifsyauqi – Tak semua beruntung macam kita demikian itu kita harus bersyukur

Apit pian @apitdanpian – This is me masa kecik dulu, nak cita susah and apa yang aku family hadap panjang xkan habis. Aku dulu dapat naik teksi dah seronok sebab mak ayah aku naik basikal ja, selalu kena ejek. Tapi sekarang aku belajar bersyukur dan berusaha dari kesusahan dan kegagalan

ncs @ncs1202 – bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang dan hargai pergorbanan kedua ibubapa, jauh di sudut hati kita berjaya berkat doa mereka. Jangan angkuh bila da berjaya.

Mer @venlafaxinehcl – Tak boleh betul lah baca pasal ‘Ayah’ Pleading face, sebab hm Smiling face with smiling eyes. Tapi dapat kenangan setahun bersama ayah pon dah hargai sangat. I miss you, Ayah.

Reform Tanahairku @RTanahairku – Beruntung pada mreka yg punya ayah Crying face