Terima RM91,000 selepas sebar cerita palsu 14 ahli keluarga maut Covid-19, lelaki ditahan polis

A
A
A

BARU-BARU ini tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp kisah seorang lelaki yang bertugas di Petronas Pangerang yang kehilangan 14 ahli keluarga termasuk isteri dan anak disebabkan wabak Covid-19.

Dakwaan itu turut diselitkam nama-nama mangsa iaitu ahli keluarga lelaki berkenaan yang terkorban akibat jangkitan Covid-19.

Lelaki berkenaan dikatakan kehilangan isteri dan tiga anaknya meninggal dunia pada bulan Jun dan Julai manakala lima anaknya bersama ibu, kakak, ipar dan dua anak saudara turut terkorban pada 2 September lalu.

Selain itu, ia turut disusuli dengan permintaan bagi menyalurkan bantuan ikhlas bagi meringankan bebannya dan orang ramai yang sudah menyalurkan bantuan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun segala ceritanya itu hanyalah merupakan rekaan semata-mata!

Perkara itu telah disahkan oleh Petronas dalam satu kenyataan semalam.

Menerusi kenyataan tersebut, pihak Petronas mengesahkan bahawa lelaki itu telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuat dakwaan palsu.

Selain itu, Petronas juga dengan keras menyatakan pihaknya tidak boleh menerima salah laku daripada mana-mana pekerja mereka.

"Kami ingin mengesahkan bahawa seorang pekerja kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuat dakwaan palsu kehilangan ahli keluarga disebabkan Covid-19, yang mana dia juga telah menerima sumbangan.

"Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak menerima salah laku tersebut oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami, yang semuanya terikat dengan tatacara dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa melakukan perkhidmatan untuk Petronas dan Kumpulan Syarikatnya," katanya.

Terima RM91,000 selepas sebar cerita palsu 14 ahli keluarga maut Covid-19, lelaki ditahan polis

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah menahan suspek berumur 45 tahun itu kelmarin selepas lelaki itu hadir sendiri di Balai Polis Bayu Damai, Kota Tinggi, Johor.

Katanya, suspek ditahan ketika hadir sendiri di Balai Polis Bayu Damai dipercayai ingin membuat laporan ‘covering’ bagi dirinya tentang kejadian itu.

Menurutnya, siasatan juga mendapati suspek setakat ini dipercayai telah menerima sumbangan sebanyak RM91,000.

Baca juga [VIDEO] Kecoh lelaki pengsan di PPV, rupa-rupanya fobia lihat jarum suntikan

Hussin berkata, hasil maklumat dan siasatan mendapati suspek menyebarkan berita palsu berkenaan 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 itu bagi mendapatkan sumbangan derma sejak bulan Jun lalu.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Aduhai... ada sahaja ya individu yang sanggup mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang.

Justeru, kekal patuhi SOP dan amalkan kawalan kendiri bagi bersama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca