TAK pernah kenal erti penat! Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada pendakwah dan dermawan terkenal, tidak asing lagi iaitu Ustaz Ebit Lew yang begitu pemurah membantu golongan memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pelbagai kisah kehidupan beliau dikongsikan dalam media sosial.

Ustaz Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew banyak memberikan motivasi selain sering berkongsi kasih sayangnya terutama dengan isteri, arwah ibu dan ayahnya.

Namun, disebalik keghairahan Ustaz Ebit membantu orang ramai sambil berdakwah, rupanya ada dugaan yang sedang dihadapi pendakwah bebas itu sekarang.

Dalam perkongsian terbaharu yang dimuat naik di laman sosial, Ustaz Ebit meminta orang ramai mendoakan bapanya, Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau yang mengalami masalah kesihatan.

“Pohon doakan buat ayah saya ya. I love you bapak. I love you. Dapat solat dengan ayah nikmat sangat besar. Saya kata ayah boleh solat atas katil je. Katil ni boleh naikkan sikit. Dia kata saya nak solat atas kerusi.

“Beginilah kami semenjak saya kecil. Rindu nak peluk bercakap dan nak tengok ayah sihat. Ayah saya ni pendiam orangnya. Jarang bercakap tapi penyayang sangat. Walau muka serius.

“Ingat lagi tengah duduk rumah ayah bawa balik kereta mainan bentuk Mercedes. Kereta control. Saya masa tu happy sangat. Berlari-lari saya. Kadang bila beli durian, ayah beli satu guni. Masa kecil kami tunggu ayah buka durian. Rindu masa tu. Dan kadang beli Ayamas. Makan bersama,” tulis beliau.

Ebit Lew minta maaf pada penduduk pulau Semporna yang di Islamkan, bantuan terpaksa dihentikan

Kata Ustaz Ebit, saat bersama keluarga tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

“Benarlah saat bersama keluarga walau sekejap ialah anugerah Allah terindah hidup ini. Ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit.

“Dulu masa remaja saya ke luar negara belajar. Setiap dua hari tulis surat pada ayah. Arwah mak kata setiap malam ayah ambil surat tu dan baca.

“Bila saya tanya dulu apa rahsia ayah kuat dan macam tak pernah sakit. Dengan dapat cium tangan ayah je dah rasa semangat dalam hidup. Nikmat cium tangan ayah. Sentuhannya. Jawabnya ‘saya kan ayah’,” ujarnya.

Ustaz Ebit turut mengakui menjadi seorang ayah sebenarnya adalah nikmat dan tanggungjawab.

Iklan

“Sekarang bila dah jadi ayah. Baru saya tahu maksud perkataan itu. Menjadi ayah ini nikmat dan tanggungjawab. Saat kita diuji. Saya selalu cakap dengan syukur saya kena kuat saya kan ayah. Saya kan suami. Saya kan hamba Allah. Dia pilih saya dari 12 tahun untuk kerja khidmat ini.

“Inilah takdir hidup saya. Saya tidak akan berhenti kerana selepas dunia ini ada kehidupan akhirat. Selamanya. Kita dibalas atas setiap apa kita lakukan didunia.

“Ya Allah berilah kekuatan dan semangat pada ayah. Kekuatan pada kami. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah. Benarlah kaulah pemilik dunia dan segalanya. Tidak akan menimpa apa pun dalam hidup kami melainkan apa yang kau tentukan,” doa beliau.

Baca juga Bantuan khas Aidilfitri, penjawat awam Selangor raih setengah bulan gaji

Justeru, sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Ustaz Ebit dan bapanya.

Iklan

Semoga Allah permudahkan urusan beliau seperti mana dirinya sentiasa membantu orang lain.

Sayangilah dan berbaktilah kepada ibu bapa selagi hayat mereka masih ada.