'Terkesima...'- Azizulhasni kagum lihat galeri koleksi basikal Tok Ti, suami

'Terkesima...'- Azizulhasni kagum lihat galeri koleksi basikal Tok Ti, suami
'Terkesima...'- Azizulhasni kagum lihat galeri koleksi basikal Tok Ti, suami
A
A
A

"PALING saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat."

Begitulah ungkapan yang diluahkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang.

Menerusi media sosial Facebooknya, beliau menerima pelawaan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) dan pasangan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ke kediaman mereka.

Ujarnya, beliau amat terpegun apabila melihat semua koleksi basikal milik pasangan penyanyi nombor satu negara itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Mungkin ada yang tak tahu, Datuk K dan Datuk CT memang 'die-hard fan' sukan berbasikal. Mereka berdua ni memang sangat aktif berkayuh dan siap masuk perlumbaan lagi, jangan tak tahu.

"Tapi saya sangat terkesima melihat koleksi-koleksi basikal mereka. Ketika berada di galeri itu, saya tengok satu per satu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum," coretnya yang mesra dipanggil Jijoe itu.

Pernah digelakkan pelajar PhD Malaysia di Melbourne, ini nasihat Azizulhasni

Lagi menariknya, dalam kunjungan tersebut, jaguh berbasikal trek negara itu turut berpeluang menjamah sendiri masakan air tangan penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu.

"Saya baru tahu, Dato CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga.

"Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Datuk CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Datuk CT memang terbaik. Saya makan tu sampai menyanyi lagu Percayalah.

"Terima kasih kepada Datuk K dan Datuk CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan karier saya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah.

Baca juga 'Sportmanship world class' - Atlet paralimpik Greece dapat pujian ramai bantu Latif Romly

"Didoakan agar dimurahkan rezeki dan dirahmati ALLAH selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya," tambah Azizulhasni.

Sementara itu, Azizulhasni turut mengadakan pertemuan dengan beberapa individu yang menyumbang pembangunan kariernya sebelum pulang semula ke Melbourne, antaranya seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mantan Perdana Menteri ke enam, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta lawatan ke Hospital Tunku Azizah (Rumah Ronald McDonald).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca