BEBERAPA hari lalu, tular sekeping foto memaparkan seorang mak cik sedang termenung melihat rumahnya hanya tinggal tapak ekoran banjir besar.

Rupanya mak cik tersebut salah seorang mangsa banjir di Pahang.

Rafiah Jamaludin, 69, sedih dan terkejut apabila rumahnya di Kampung Ajai dibawa arus banjir dan tersekat di pokok-pokok tidak jauh dari tapak asal rumah.

Terpanggil apabila dikongsi warganet, pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew terus ke kampung mak cik Rafiah.

Seperti perkongsian beliau di Facebook, seusai sampai di sana, mak cik Rafiah sedang mencari barang-barang yang masih boleh dipakai.

“Masa sampai mak cik sedang mencari barang boleh pakai bersama anak-anak.

“Mak cik Rafiah teringin nak bina rumah di kawasan lain di kebunnya. Mereka nak ambil kayu yang masih elok,” tulis beliau.

Termenung rumah hanyut dek banjir, Ustaz Ebit bantu bina semula
Foto yang tular beberapa hari lalu.

Baca juga Cantik! Mua bantu mekap gadis mangsa ‘Face Shaming’ ketika live

Iklan

Ustaz Ebit juga akan membeli kayu untuk mak cik Rafiah membina semula rumah selain memberikan sedikit sumbangan duit.

“Saya beri sedikit sumbangan duit tadi dan nanti akan belikan barang-barang kayu dan lain-lain untuk membina rumah semula. Selesai musim banjir ini.

“Makcik Rafeah tiba-tiba sebak. Makcik Rafeah kata, jika tiada musibah ini tak dapat jumpa ustaz. Rezeki dapat jumpa ustaz.

Iklan

“Sempat berbual semuanya ini ujian kasih sayang Allah pada kita semua. Berat ujian mak cik,”ujarnya.

Semoga Allah sentiasa merahmati Ustaz dan diberi ganjaran berlipat ganda serta dipermudahkan urusan mak cik Rafiah.