‘Teruskan tradisi percutian terapi diri.’ Pengasas ChocoAlbab rai ejen, tapau satu penerbangan ke Langkawi

MELIHAT fenomena usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencipta kejayaan menjadi inspirasi buat Said Saiful Fazli.

Pemilik empayar syarikat Saudagar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab itu melihat ejen sebagai harta yang cukup berharga.

Justeru, tidak pelik kesungguhannya itu melayakkan Said dilabel sebagai ‘founder berhati ejen’.

Baca ni Wow, siap ada pramugari & pilot! Uniknya majlis persaraan tema percutian, rupanya melancong hobi guru besar dirai

chocoalbab

“Kalau ada menganggap sistem ejen sudah tak relevan, mereka itu barangkali tidak berfikir panjang dalam berkata-kata. Tak apa, itu cara orang lain. Tapi saya tetap melihat ejen sebagai lubuk penting dunia niaga.

“Jadi tradisi menghargai mereka dengan melancong sebagai penyuntik semangat tetap akan diteruskan. Setiap tahun lebih empat kali kita raikan semua dengan bercuti sebagai terapi diri.

“Khairul Aming boleh curi perhatian pelanggan setianya, biar saya jaga kemas hati ejen,” katanya bersemangat.

Terdahulu jenama ini antara yang kerap membakar semangat ejen dengan bawa mereka makan angin dalam dan luar negara.

Baca lagi 6 negara dengan destinasi percutian hebat yang anda boleh kunjungi, lokasi nombor 3 murah & mesra bajet, serendah RM28 sehari

chocoalbab 3

Antara lokasi yang pernah dijejaki merai ejen termasuk Singapura, Dubai dan Club Med Cherating.

BERAJA DI HATI EJEN

Terbaharu, seramai 130 ejen termasuk staf syarikat ini dibawa ke Pulau Langkawi selama tiga hari dua malam awal Februari lalu.

Baca juga ‘Lebatnya rambut Aishah, comel. Muka iras ibu & bapa ni.’ Percutian Wany Hasrita sekeluarga raih perhatian ramai

chocoalbab 4

“Menariknya, kami ‘tapau’ satu penerbangan ke sana. Malah pramugari bertugas siap mengalu-alukan keberadaan kami dengan pembesar suara.

“Mungkin ada beranggapan, ala setakat pergi Langkawi saja. Tak kisahlah, dalam atau luar negara, momen dicipta itu sangat istimewa. Tapi saya dimaklumkan ramai ejen yang dirai kali ini tak pernah berkunjung ke pulau yang mengangkat lagenda Mahsuri ini.

Baca juga Pernah dihuni oleh Datuk Jamal Abdillah, vila di Taiping, Perak kini menjadi lokasi percutian eksklusif

chocoalbab 5

“Jadi saya tumpang gembira dengan kunjungan sulung hampir kebanyakan ejen kali ini. Seperti mana takkan hilang jejak sejarah seperti Mahsuri di Langkawi, sebegitu juga saya mahu jenama ChocoAlbab terus beraja di hati ejen dan peminat,” katanya.

Iklan

Kata Said lagi, sepanjang berada di sana pelbagai aktiviti menarik dilangsungkan.

“Kami melawat kilang gamat dan kilang batik. Kami menaiki kereta kabel. Lawatan ke situ tentunya tak lengkap andai tidak berkunjung ke Pekan Kuah dan Dataran Helang.

chocoalbab 1

“Aktiviti di hotel juga tak dilupakan. Malah makan malam bertemakan Melayu klasik turut diadakan,” katanya.

Mengulas mengenai produk keluaran syarikatnya, ahli perniagaan tersebut melahirkan rasa kesyukuran kerana jenama yang diperkenal sejak April 2021 itu terus diterima ramai.

“Syukur, masuk kedai serbaneka dan premis makanan, banyak produk kami ada dijual di kaunter. Pendek kata, produk ini boleh didapati dengan mudah di hampir semua kedai berhampiran anda.

Baca lagi Seronoknya bercuti! Berikut ‘checklist’ barang kelengkapan percutian keluarga

Iklan

chocoalbab 2

“Kami guna sistem ‘reseller’ dan ia sekali gus membantu ramai usahawan menjana pendapatan,” katanya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang