'Tiada boleh beri kemuliaan, kehinaan melainkan ALLAH' - Ebit

A
A
A

"ALLAH nak pelihara pasti terpelihara. Tiada yang berkuasa selain ALLAH."

Begitu perkongsian terbaru pendakwah bebas, Ebit Lew yang percaya hanya ALLAH sahaja yang berkuasa dan menentukan segalanya.

"ALLAH Maha Kuasa. Makhluk langsung tiada kuasa. Berkumpul segala kekuatan makhluk nak hancurkan, binasakan, menghina seseorang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Tiada yang boleh beri hidup dan mati selain ALLAH. Tiada boleh beri kemuliaan atau kehinaan melainkan ALLAH. La ilaha illallah," catat beliau di Instagram.

Menerusi perkongsian yang sama, Ebit turut memuat naik video dirinya bersama keluarga tercinta yang kini sedang bercuti di Switzerland.

'Tiada boleh beri kemuliaan, kehinaan melainkan ALLAH' - Ebit

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut beliau mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan ALLAH.

Ujar mereka;

"Alhamdulillah, semoga diberikan kekuatan, apa-apa pun jenis perjuangan pasti ada tentangan dan musuh,semoga bersabar nikmatnya pasti ada."

"Untuk ke jalan kebenaran semakin hebat ujiannya, moga tabah ustaz."

"Selamat bercuti ustaz dan keluarga. Cantik view kat sana. Doakan kami murah rezeki dapat juga merasa keindahan ciptaan ALLAH."

"Masya-ALLAH indahnya ikram anak isteri pembawa rezeki, patutla rezeki UEL mencurah-curah."

"Semoga dipermudahkan segalanya ustaz, bertemu bahagia with family."

Pada Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

Bagaimanapun, pendakwah bebas itu mendakwa dakwaaan tersebut berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Baca juga 'Alhamdulilah one step closer'- Latif Romly selamat bertunang

Namun pada awal Oktober lepas, Ebit dan isterinya sekali lagi dipanggil polis bagi membantu siasatan membabitkan kes yang sama.

Siasatan berkenaan masih dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca