"Tiada kaitan dengan abah, hantar sendiri resume" - Nurul Zahid tampil bidas netizen

"Tiada kaitan dengan abah, hantar sendiri resume" - Nurul Zahid tampil bidas netizen
"Tiada kaitan dengan abah, hantar sendiri resume" - Nurul Zahid tampil bidas netizen
A
A
A

BEBERAPA hari ini, panas di laman sosial memperkatakan tentang Nurul Zahid dilantik menjadi Ahli Perbadanan SME Corp.

Nurul Zahid atau nama sebenarnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid iaitu anak sulung kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah dilantik sebagai Ahli Perbadanan SME Corp iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).

Pada 4 Jan lalu, portal tempatan melaporkan, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyerahkan surat pelantikan tersebut kepada Nurul Zahid ketika Majlis Amanat dan Hala Tuju MEDAC 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sehubungan itu, perkara tersebut menjadi hangat diperkatakan netizen terutamanya kalangan anak muda di pelbagai media sosial.

Berhubung isu tersebut, semalam Nurul Zahid tampil mengatakan kebenaran di laman Instagram miliknya.

Baca juga [VIDEO]”Betul-betul depan kami tanah runtuh tu” – Lelaki kongsi tragedi di Bukit Fraser

Kata beliau, pelantikannya sebagai ahli perbadanan itu tidak ada kaitan dengan bapanya.

"Alhamdulillah. Tapi nak bagitau Zahid Abah kepada Nurul takda kena mengena dalam perlantikan ini.

"Anak Zahid bawa resume/CV sendiri serah kepada menteri.

"Kerana merasakan beliau layak memberi sumbangan kepada agensi itu selaras dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam pelbagai bidang," tulis beliau.

Nurulhidayah, 42, memiliki ijazah sarjana dan sarjana muda dalam bidang komunikasi korporat dari Universiti Putra Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca