Tragedi hitam 2 beradik maut kebakaran, ibu kongsi kronologi sebenar, rupanya banyak statement bercanggah

BARU-baru ini warganet seluruh negara bersedih susulan tragedi menimpa dua kanak-kanak yang merupakan adik beradik dalam satu kebakaran di Kampung Tanggut, Gombak.

Allahyarham Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 6, dan Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, ditemukan rentung selepas rumah mereka terbakar jam 3.54 pagi pada 2 Januari lalu.

Ibu dua kanak-kanak maut berkenaan dikenali sebagai Tasha dalam hantaran di TikTok menyifatkan kehilangan dua cahaya kesayangannya sekali gus adalah tragedi paling gelap dalam hidup.

Baca juga: Kejamnya, kanak-kanak OKU maut di tangan boyfriend ibu, disumbat dalam guni, buang dalam semak

Sedang sarat hamil, Tasha mendedahkan kronologi kebakaran yang berpunca daripada litar pintas.

“Tragedi hitam buat saya dan suami seumur hidup. Ramai yang tanya punca kejadian, bomba siasat kata litar pintas.

“ Tak sangka hanya 13 minit saya tinggalkan rumah kamera litar tertutup (CCTV) nampak keluar asap dari sliding door,” kongsinya.

Pilu kehilangan dua permata hati, Tasha menjelaskan beliau meninggalkan kediaman kerana ingin menemani suami.

“Kalau saya tahu benda ni jadi memang saya tak keluar niat hanya nak temankan suami. Memang plan kejap je tinggal mereka sebab mereka tengah tidur,” katanya.

Iklan
Iklan

 

Baca juga: Terbakar seluruh badan, kulit dada menggelupas dan rambut seperti arang. Ibu ini gadai nyawa selamat 6 anak daripada kebakaran

Malah jelas Tasha, laporan yang mengatakan anaknya menghubungi beliau melalui telefon adalah tidak betul.

Sebaliknya beliau yang menghubungi anak-anaknya namun panggilan tidak berjawab. Lebih meluluhkan hati, Tasha beranggapan anaknya sempat diselamatkan.

“Yang kata anak saya ada call saya malam itu, ia tidak betul. Saya yang call anak sulung saya tapi tidak berjawab.

”Saya sangka jiran sempat selamatkan anak-anak saya. Banyak sangat statement wartawan bercanggah banyak yang tak betul akibat kami terima kecaman teruk oleh netizen.

“Tetapi memang khilaf saya tinggalkan anak kerana satu saat memang macam-macam boleh jadi. Kalau malam itu saya duduk rumah saya sempat selamatkan anak-anak,” kongsinya.

Baca juga:#SiBibirMerah: Trauma hilang insan tersayang, segera ubati rasa sedih, usah sampai kemurungan

Warga maya memberikan semangat buat Tasha agar terus kuat menerima kenyataan dua permata pergi buat selama-lamanya kerana ajal dan maut sudah tertulis.

Ujar mereka:

-“Dalam Islam kita dilarang berkalau jika ditimpa musibah tapi katakanlah sudah takdir ALLAH, ALLAh melakukan apa sahaja yang DIA berkehendak.”

-“Semuanya sudah tertulis, apa yang terjadi itu menjadi asbab sahaja. Semoga akak dan suami tabah hadapi ujian ini. Anak-anak akak sudah seronok bermain di taman syurga.”

-“Kisah ini menjadi iktibar untuk ibu bapa yang lain supaya lebih beringat, maafkan kami yang tersalah sangka.”

-“Sedihnya sis, moga awak dan suami kuat ya dipermudahkan urusan kusangka dugaanku besar, tapi ada ujian yang lebih besar.”

-“Jangan salahkan diri puan ya, semua jadi bersebab. InsyaALLAH anak-anak akan menjadi asbab puan dan suami ke syurga. Ingatan untuk diri saya juga.”

– “Ajal dan maut tak lewat atau cepat walau sesaat, ibu jangan salahkan diri. Moga ibu dan ayah diberi kekuatan dan reda. Semua yang ada bukan milik kita tapi ALLAH.”

– “Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan ALLAH tentukan. Bukan salah ibu bapa.”

– “Insya-ALLAH anak-anak sedang mempersiapkan tempat terindah untuk orang tuanya. Jangan menyalahkan diri ya bonda, maut jodoh dan rezeki diatur ALLAH.”

Baca juga: Anak meninggal ketika masih kecil, ibu ayah reda dan bersabarlah. Anak syurga akan beri syafaat masuk ke jannah

Sebelum ini, media melaporkan kebakaran di rumah teres seluas 6×24 meter persegi yang dibina pada lewat 1990-an itu disedari jiran yang tersedar selepas terdengar bunyi penggera jam. Kebakaran didakwa berlaku dalam masa sangat singkat.

Jiran kepada keluarga ini Eruwan Kadis, 39, mengakui tidak sempat untuk berbuat apa-apa selain menyelamatkan diri memandangkan api merebak begitu cepat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci.

Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian, TikTok Tasha Story

Baca juga: Kanak-kanak maut akibat 60 sengatan tebuan, bisa toksin rosakkan otot, buah pinggang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

25 mins ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

4 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

7 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

8 hours ago

42 tahun bergelar ibu tunggal, wanita ini bertemu jodoh semula di usia 78 tahun. ‘Dulu pergi masjid seorang, kini berteman’

KALAU sudah jodoh, memang takkan ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat wanita bergelar…

9 hours ago