BUKAN mudah mengubati kesedihan dan hiba selepas kehilangan insan tersayang khususnya. Tekanan dan trauma kepada mereka yang ditinggalkan mengambil masa untuk dipulihkan. Selain berdepan dengan trauma, mereka juga perlu meningkatkan kekuatan spiritual seperti sabar dan reda dengan ujian yang menimpa.

Menghadapi fasa kesedihan adalah satu perkara yang normal. Tidak salah bersedih namun amat penting untuk menerima hakikat kehilangan orang tersayang serta mengawal emosi.

Tempoh masa yang diambil untuk pulih daripada trauma juga berbeza. Lain orang lain cara penerimaan mereka. Ketahanan dan kekuatan emosi merupakan aset yang boleh mengelakkan kehibaan yang berlarutan. Cara menangani kehibaan menerusi proses perkabungan yang positif sangat penting supaya diri boleh bergerak ke hadapan dan berfungsi secara normal.

Baca juga: Tiga beranak sehidup semati maut rempuh lori baiki jalan, rasa tidak sedap hati ayah akhirnya terjawab

Baca juga: Jasad sempurna, sempat tunai umrah, bapa dedah amalan anak. Berikut kisah Nurul Nazihah yang meruntun hati rakyat Malaysia

Peranan individu di sekeliling amat penting bagi membantu memulihkan mereka yang berdepan dengan trauma kehilangan ahli keluarga. Sentiasa berhubung dan bertanya khabar serta menjadi pendengar yang baik.

Kematian orang yang tersayang boleh menimbulkan pelbagai keadaan dan perasaan yang bercampur-baur. Reaksi kepada situasi ini dikenali sebagai perkabungan.

Perkabungan merupakan satu reaksi yang sihat dan semula jadi di dalam menghadapi kematian orang yang kita sayang. Setiap individu melalui saat berkabung dengan cara yang berbeza.

Reaksi dalam proses berkabung dipengaruhi beberapa situasi:

  1. Cara kematian itu terjadi-sama ada ia secara mengejut atau selepas sakit yang berpanjangan.
  2. Tahap keakraban perhubungan antara individu dengan si mati
  3. Personaliti individu dan kemahiran menangani masalah/ situasi
  4. Pengalaman hidup individu yang melalui saat kehilangan
  5. Jalinan sokongan ahli keluarga dan orang sekeliling

Terdapat tiga fasa yang lazim dilalui semasa proses berkabung:

Mereka menjalani perkabungan, yakni satu proses untuk mengendalikan emosi dan pembelajaran bagi mengatasi kehibaan. Berikut tiga fasa yang akan dilalui:

i-Kejutan-boleh berterusan dalam beberapa minit atau hari
Dalam fasa ini, individu biasanya berada di dalam keadaan seperti tidak percaya bahawa dia telah kehilangan orang yang disayanginya.

Baca juga: 24 anak kecil, guru taska hamil maut, berikut kronologi kes amuk tragis bekas polis di Thailand

Baca juga: 17 kanak-kanak maut rusuhan bola sepak Indonesia, 6 info kesan gas pemedih mata

 

Malah kehilangan waktu ini boleh mengganggu keupayaan individu tersebut untuk bekerja atau membuat sebarang keputusan.

ii-Merana-boleh berterusan untuk beberapa minggu atau bulan
Melalui fasa ini individu boleh mengalami gejala emosi seperti keliru, gelisah, marah pada diri sendiri atau orang di sekelilingnya, takut atau murung.

Manakala gejala fizikal seperti susah untuk tidur, sering terjaga dari tidur pada awal pagi, kurang selera makan dan masalah tingkah laku seperti perasaan yang tidak stabil serta kurang tumpuan.

iii-Penyembuhan
Individu akhirnya dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang dan mampu meneruskan kembali kehidupannya.

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi masa berkabung yang normal. Bagi kanak-kanak, reaksi berkabung boleh dilihat sebagai masalah kelakuan seperti sering menyendiri, memberontak, gagal menurut perintah, enggan ke sekolah atau prestasi pelajaran yang mula merosot.

Iklan

Tempoh perkabungan kadang kala mengambil masa panjang dan tidak pulih dengan sepenuhnya. Ini boleh mengganggu hubungan sosial dan fungsi individu berkenaan. Satu dalam setiap lima orang mungkin menghidapi komplikasi kemurungan dalam jangka masa ini.

Mereka yang mempunyai risiko terhadap komplikasi kemurungan ini terdiri dari individu yang pernah mempunyai sejarah penyakit kemurungan dan yang kurang mempunyai jalinan sokongan sosial.

Baca juga: 2 beradik maut, adik direnjat elektrik ketika selamatkan abang, 13 info ibu-ibu perlu tahu

Kredit foto: Pexels

Gejala yang menunjukkan seseorang itu telah mengalami kemurungan adalah:

  • Perasaan bersalah yang melampau
  • Perlahan pergerakan dan pemikiran
  • Sering berfikir untuk membunuh diri
  • Merasa diri tidak berguna
  • Tidak berupaya untuk melakukan tugasan di tempat kerja
  • Hilang rasa seronok untuk melakukan aktiviti yang biasanya disukai
  • Halusinasi melibatkan si mati

Sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, masyarakat setempat merupakan faktor penting dalam menentukan pemulihan dari berkabung. Individu tidak digalakkan untuk menghadapi proses berkabung secara bersendirian.

Individu yang mendapat penyakit kemurungan semasa berkabung boleh dirawat dengan ubat-ubatan selain mendapat terapi sokongan psikologi daripada ahli psikologi klinikal, kaunselor terlatih atau pakar psikiatri.

Bagi kanak-kanak yang berkabung, penerangan dan perbualan mengenai isu berkaitan kematian dan si mati hendaklah dibuat dalam ayat yang mudah mereka fahami. Kanak-kanak ini perlu diberi masa dan perhatian untuk membolehkan mereka meluahkan perasaan yang dipendam.

Baca juga: Kanak-kanak 2 tahun maut terjatuh kerusi bayi, berikut 10 info kronologi kejadian

Iklan
Kredit foto: Pexels

Bagi menghindari komplikasi berpanjangan akibat daripada perkabungan, langkah- langkah berikut boleh diambil:

  1. Luahkan perasaan anda terhadap orang yang tersayang
  2. Kekalkan gaya hidup yang sihat
  3. Laluilah proses berkabung dalam situasi yang anda rasa sesuai dan selesa. Jangan membiarkan orang lain memberitahu bagaimana anda patut berperasaan atau memaksa diri anda untuk merasakan perasaan yang tidak wujud
  4. Rancang masa depan anda terutamanya dalam perkara atau aktiviti yang biasanya dilakukan bersama si mati
  5. Kesedihan dan trauma berpanjangan yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan menyebabkan kemurungan.
  6. Sekiranya perasaan sedih itu terus berlarutan sehingga mengganggu aktiviti seharian, segera dapatkan bantuan serta penilaian dan rawatan daripada profesional.

Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta

Sumber: myhealth.gov.my

Kredit foto utama: BERNAMA 

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi