Tragedi tanah runtuh Simpang Pulai-Cameron Highlands ragut dua nyawa, berikut kronologi kejadian
TRAGEDI tanah runtuh di Simpang Pulai-Cameron Highlands benar-benar mengejutkan negara.
Bencana itu kali ini meragut dua nyawa daripada dua kenderaan iaitu sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang tertimbus.
Dua mangsa iaitu pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamidi, 31 dan pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36 disahkan meninggal dunia.
Baca juga: [VIDEO]"Betul-betul depan kami tanah runtuh tu" - Lelaki kongsi tragedi di Bukit Fraser
Berikut adalah kronologi kejadian tragis itu:
1.30 petang
Kejadian tanah runtuh dipercayai berlaku. Kenderaan dinaiki mereka tertimbus hampir 50 meter dalam runtuhan berkenaan.
1.44 petang
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu. Anggota dan jentera yang tiba di lokasi mendapati runtuhan tanah mengakibatkan laluan utama di kedua-dua arah jalan itu terhalang.
Baca juga:Meninggal Ketika Mencari Rezeki, Hujan Lebat Di Ibu Kota Ragut Nyawa
9.30 malam
Jasad mendiang Tan Chee Heng ditemui dan berjaya dikeluarkan 20 minit kemudian.
Kemudian, kira-kira selepas hampir 10 jam operasi, mayat Allahyarham Muhammad Hafiz Hamdi dikeluarkan.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Dalam tragedi ini, operasi dijalankan oleh bomba, pegawai daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijalankan bagi mengesan mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus.
Menurut laporan Bernama, operasi tersebut berdepan dengan cabaran cuaca sejuk dapn pemandangan kabur akibat hujan renyai.
Pasukan penyelamat menggunakan dron bagi melihat pergerakan tanah dari pandangan atas secara keseluruhan.
Kira-kira 100 anggota terlibat dalam operasi berkenaan.
Tanah runtuh adalah bencana alam yang berlaku di sepanjang lereng bukit dan lereng curam. Tibanya musim tengkujuh meningkatkan lagi risiko insiden itu.
Berikut adalah antara kejadian tanah runtuh yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah negara:
1 Mei 1961 - Tanah runtuh berlaku di Ringlet, Cameron Highlands, Pahang.
21 Oktober 1993 - Tanah runtuh Pantai Remis menyebabkan pesisir baru dibina di pantai.
11 Disember 1993 - 48 orang terbunuh apabila satu blok kediaman Highland Towers runtuh di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor.
30 Jun 1995 - 20 orang terbunuh di tanah runtuh di jalan slip Genting Highlands berhampiran Lebuhraya Karak.
6 Januari 1996 - Tanah runtuh di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) berhampiran Gua Tempurung, Perak.
29 Ogos 1996 - Aliran lumpur di penempatan Orang Asli Pos Dipang di Kampar, Perak. Seramai 44 orang penduduk terbunuh dalam tragedi ini.
15 Mei 1999 - Tanah runtuh berhampiran Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor. Kebanyakan orang awam di Bukit Antarabangsa terperangkap di bawah runtuhan. Hanya dua mangsa yang terselamat - seorang pembantu rumah Indonesia dan seorang anak perempuan.
20 November 2002 - Banglo Pengerusi Jeneral (RtD) Pengerusi Affin Bank, Tan Sri Ismail Omar runtuh akibat tanah runtuh awal pagi di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor.
Disember 2003 - Lebuh raya di Lembah Klang Lembah Baru (NKVE) berhampiran persimpangan Bukit Lanjan menyebabkan lebuh raya ditutup lebih daripada enam bulan.
31 Mei 2006 - Empat orang terbunuh di dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir, Ulu Klang, Selangor.
26 Disember 2007 - Dua penduduk tertimbus dalam tanah runtuh yang memusnahkan sembilan rumah kayu di Kampung Baru Cina, Kapit, Sarawak.
12 Februari 2009 - Seorang pekerja kontrak terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan untuk kondominium 43 tingkat di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.
21 Mei 2011 - 16 orang kebanyakannya 15 kanak-kanak dan seorang penjaga rumah yatim terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di rumah anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa di FELCRA Semungkis, Hulu Langat, Selangor.
29 Disember 2012 - Penghuni 88 buah rumah banglo, kedai runcit dan rumah teres dua tingkat di Puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur diperintahkan untuk bergerak keluar kerana pergerakan tanah. Penduduk Siti Mahfudzah Shahril, 34, berkata dia terkejut dengan bunyi siren dan bergegas untuk melihat tanah runtuh kira-kira 50 meter.
4 Jan 2013 - Pembinaan di projek perumahan Kingsley Hill di Putra Heights telah dihentikan buat sementara waktu berikutan kejadian tanah runtuh di tapak yang menyebabkan beberapa kenderaan terendam dalam lumpur.
11 November 2015 - Tanah runtuh berlaku di km 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak antara jalan lama Lentang dan Bukit Tinggi, Pahang dan Gombak-Bentong. Lebuh raya Lentang-Bukit Tinggi ditutup kepada lalu lintas.
26 November 2016 - Tanah runtuh berlaku di Taman Idaman, Serendah, Selangor. Kira-kira 340 orang awam dipindahkan.
19 Oktober 2018 - Tanah runtuh berlaku di Paya Terubong, George Town, Pulau Pinang
Diharapkan kita berhati-hati terutamanya apabila menggunakan jalan raya berhampiran lereng bukit dan lereng curam.
Salam takziah buat keluarga kedua-dua mangsa.
Baca juga:Asalnya Kampung, Jadi Sungai Lepas Fenomena Kepala Air Gunung Jerai
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Sinar Harian, Bernama,Wikipedia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang