BARU-BARU ini tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook mendakwa darah seseorang bertukar warna mengikut vaksin yang diambil.

Perkara tersebut dinyatakan seorang lelaki yang dipercayai ahli bekam dan dibuktikan selepas beberapa minit individu yang divaksinasi itu dibekam.

Kongsinya di Facebook bersama tiga foto sampel darah yang mengatakan, “Perubahan keadaan warna darah mengikut jenama vaksin.”

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi posting itu, dia menyatakan bagi mereka yang mengambil vaksin jenama Sinovac, darahnya bertukar seperti nanah.

Manakala mereka yang mengambil jenama Pfizer pula darahnya bertukar seperti air kencing.

Posting berkenaan tular di beberapa laman sosial dan mendapat perhatian ramai termasuklah petugas barisan hadapan.

Seorang doktor, Latif Saad menyatakan bahawa darah terdiri kepada dua bahagian iaitu plasma dan darah.

Iklan

“Selalunya kalau kita ambil darah dan campur dalam tabung uji, darah itu akan mendap dan menghasilkan bahagian plasma di bahagian atas yang selalunya berwarna kuning seperti ‘air kencing’ dan juga bahagian bawah berwarna merah iaitu mempunyai sel darah merah.

“Terkadang jika terlampau banyak lemak di dalam darah, ia akan menjadikan plasma itu berwarna kuning seperti nanah.

“Sebenarnya warna kuning itu adalah lemak. Selalunya staf lab akan menyatakan ia sebagai lipaemic sampel disebabkan terlalu banyak lemak,” tulisnya di Facebook.

bekam

Iklan

Ujarnya lagi, sampel darah yang dipaparkan selepas bekam itu adalah sampel darah yang normal dan bukannya disebabkan vaksin.

“Jika seseorang yang tidak divaksin pun akan menghasilkan darah yang sama seperti mereka yang sudah divaksin,” katanya.

Sementara itu, warganet turut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian berkenaan.

Ujar mereka;

“Apa yang cuba disampaikan melalui posting tersebut hanyalah suatu pemerhatian tanpa penjelasan. Jadinya, that posting should not be taken seriously cuz it has no credibility at all.”

“Pro anti vaksin macam ni la. Macam-macam cara diorang tank bagi orang ambik vaksin. Mati itu kekal bro!”

Baca juga Varian Delta boleh membiak dalam hidung, 5 fakta mengenainya perlu tahu

“Senang ja buat kajian. Baru test sorang dua pesakit terus claim itu ini. Padahal Saintis kalau buat kajian pun kena beratus kali uji baru kuar kenyataan.”

“Tolonglah jangan takutkan orang yang nak ambik vaksin tu… vaksin ikhtiar kita selebihnya serahkan kepada ALLAH.”

“Saya buat bekam ok je… darah keluar normal tak ada yang pelik. Apapun kita kena bertawakal pada ALLAH.”