SEMALAM tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sebuah video memaparkan seorang wanita bertindak memandu secara melulu di sebuah kawasan perumahan.

Selain itu, wanita berkenaan juga turut membuat bising dengan membunyikan hon sepanjang pemanduannya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bertindak setelah menerima maklumat daripada penduduk sekitar, sepasukan polis tiba di lokasi berkenaan sekali gus berjaya memberhentikan kereta terbabit.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman, ini kejadian sebenar yang berlaku;

1. Wanita berkenaan dipercayai mengalami stres atau tekanan perasaan bertindak memandu kereta jenis Perodua Myvi secara melulu di Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan, semalam.

2. Polis menerima maklumat daripada penduduk yang menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk meminta bantuan pada jam 11 pagi.

3. Penduduk memaklumkan kereta terbabit bukan saja dipandu secara berbahaya tetapi wanita berkenaan turut membuat bising dengan membunyikan hon.

4. Sepasukan polis ke lokasi dan mengambil masa lima minit untuk meminta pemandu terbabit memberhentikan kenderaan.

Iklan

5. Wanita berusia 28 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Tampin untuk siasatan lanjut.

6. Pemeriksaan ujian saringan air kencing mendapati wanita itu negatif dadah dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

7. Berdasarkan keterangan wanita itu memberitahu, dia sedang menghadapi masalah keluarga yang menyebabkannya berada dalam keadaan tertekan.

8. Polis telah menghubungi keluarganya dan menasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Baca juga Mayat kanak-kanak tanpa organ, kaki, rambut, otak ditemui. 7 fakta mengenainya

Iklan

Justeru, pastikan korang memandu bukan dalam keadaan stres. Bahaya diri dan orang lain.

Stres bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.

Selain itu, jika tidak ditangani stres dengan betul, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan.