Tular video warga emas onani sambil cium pakaian dalam wanita, ini kejadiannya

Tular video warga emas onani sambil cium pakaian dalam wanita, ini kejadiannya
Tular video warga emas onani sambil cium pakaian dalam wanita, ini kejadiannya
A
A
A

BARU-BARU ini tular sebuah video menjijikkan di laman sosial yang memaparkan seorang warga emas bertindak melakukan onani sambil mencium pakaian dalam wanita.

Menerusi video tersebut kelihatan dia melakukan aksi itu di tempat jemuran pakaian di belakang bangunan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut media tempatan, lelaki warga emas itu kini sudah ditahan polis. Perbuatan tidak senonoh itu berlaku di belakang sebuah rumah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata, suspek ditahan selepas menerima aduan daripada mangsa berkaitan kejadian itu pada jam 2.44 petang.

Ujarnya, mengikut aduan mangsa, seorang lelaki mengambil pakaian dalam yang sedang dijemur dan menciumnya sambil melakukan perbuatan onani.

Kata Amihizam, perbuatan suspek itu dilihat dan dirakam seorang jiran yang kemudian menghubunginya untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya lanjut, hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan lanjut.

Baca juga Bonsai kelapa jadi trend hiasan rumah, usahawan ini hasilkan mahakarya unik bentuk ayam jantan

Kata beliau, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 terhadap suspek dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat pada hari ini.

Sementara itu, menjengah ke laman sosial, rata-rata warga maya bengang dan meluahkan cemuhan terhadap tindakan tidak bermoral itu.

Ramai antara mereka mengambil iktibar daripada kejadian, saling mengingatkan, jangan sesekali menjemur pakaian dalaman wanita di luar rumah.

Ujar mereka;

"Dari zaman sekolah rendah tak pernah sidai pakaian dalam kat ampaian luar. Tu la didikan arwah mak. So la ni turun ilmu tu kat anak-anak."

"Ramai ramai mendoakan mahluk macam ni dapat hidayat supaya tak diulangi lagi."

Baca juga [VIDEO]Pemuda dapat serangan balas ketukan kuali macam tarian singa bikin terhibur

"Itu sebab adab orang tua dah ajar baju dalam jangan sidai kat luar supaya terhindar dari zina mata. So wahai wanita jagalah aibmu sebaiknya."

"Seramnya, buat ape tu kat belakang rumah orang."

"Harap diambil tindakan. Takut keselamatan budak-budak situ jugak."

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca