BARU-BARU ini tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pemuda ‘mengantoikan’ seorang gadis dipercayai kekasihnya yang keluar bersama lelaki lain.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, pemuda itu membuat rakaman sebelum terus mendekati pasangan tersebut di sebuah tempat letak kereta yang dipercayai baru selesai membeli-belah.

“Inilah ALLAH nak tunjuk, kantoi curang depan mata. Akhirnya, ini bukan kali pertama tapi kedua. Kawan siap keluar berdua? Tak rasa bersalah ya mainkan hati orang,” tulisnya dalam video berkenaan.

Kelihatan apabila pemuda tersebut menghampiri kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna biru yang dinaiki pasangan terbabit, si gadis bagaimanapun seolah-olah mempersoalkan semula tindakan pemuda berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sehingga kini, perkongsian video yang dimuat naik @Nano_yuko meraih lebih 1.6 juta tontonan dan mendapat lebih 12,000 reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap pemuda terbabit.

Warga maya turut menasihatkan supaya lebih baik meninggalkan wanita seperti itu yang tidak bersikap setia selain mendoakan pemuda berkenaan agar berjumpa dengan pengganti yang lebih baik.

Tularkan kes curang kekasih dengan lelaki Myvi biru, pemuda mohon maaf

Iklan

Ujar mereka;

“Betul apa orang cakap, manusia yang kita sayang sikit pun tak akan nampak perjuangan yang dah dilakukan.”

“Bertabahlah, saya doakan semoga ditemukan dengan manusia yang boleh menghargai pengorbanan awak.”

“Carilah perempuan yang lebih matang dan bersifat setia, nak simpan pun tak ada gunanya.”

Sehubungan itu, pemuda berkenaan kini tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya.

Baca juga [VIDEO] Ingatkan masalah internet. Ustazah sebak, tidak sangka anak muridnya buat kejutan

Iklan

“Saya pemuda yang menularkan kes curang Myvi biru. Saya ingin memohon maaf daripada semua pihak dan tolong jangan mengecam lelaki dan gadis tersebut kerana kami telah selesaikan dengan baik.

“Saya merayu tolong jangan viral dan padam video tersebut. Saya telah menyesal atas perbuatan saya yang telah mengaibkan mereka,” mohonnya.