Undang padah! Sudah culik kanak-kanak, samun pula. Lelaki berjaya ditahan

Ditahan Polis
Ditahan Polis
A
A
A

SEMALAM dilaporkan sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman di Taman Teratai, Iskandar Puteri, Johor.

Bagaimanapun setelah enam jam, kanak-kanak perempuan itu berjaya ditemui orang awam kurang dua kilometer dari rumah mereka.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ketika dijumpai, mangsa, Nur Damia Qaleesya dalam keadaan bingung kemudian dipujuk untuk dibawa pulang bertemu ibu bapa. Katanya, dia sedang menunggu seorang pak cik membelikannya aiskrim.

Justeru itu, lelaki yang melarikan kanak-kanak perempuan itu berjaya ditahan polis semalam.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, ini kenyataannya;

1. Suspek berusia 36 tahun ditahan jam 4.45 petang di Kampung Kangkar Baru, Yong Peng oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Johor.

2. Pada Selasa, suspek melarikan kanak-kanak perempuan jam 5.30 petang dengan menaiki kereta.

Baca juga Dijumpai sedang tunggu pak cik beli aiskrim, ini kronologi 6 jam anak hilang diculik

culik

3. Kemudian suspek membawa mangsa ke Stulang Laut dan melakukan samun terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur lingkungan 20 tahun, mengakibatkan kerugian anggaran RM500.

4. Selepas itu, mangsa diarahkan oleh suspek untuk merakam kejadian amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di dalam kereta dipandu suspek.

5. Suspek kemudian meninggalkan lelaki OKU terbabit di tepi jalan Stulang Laut dalam keadaan selamat.

6. Manakala kanak-kanak terbabit yang dalam ketakutan serta trauma ditemui orang awam di hadapan kedai makan di Kangkar Pulai.

Baca juga “Jangan ingat kereta kecil tak ada kamera...” Wanita dedah rakaman dash cam bantu kesan pelaku langgar lari

7. Suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 20 Disember.

8. Kereta suspek jenis Proton Waja berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit dirampas.

9. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca