BERANI dan pantas bertindak, Suzaini Mohd Sadali jadi bualan ramai selepas menyelamatkan nyawa tiga individu selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik di Batu Pahat, Selangor.

Keprihatinan Suzaini, yang berani menggadai nyawa demi membantu menyelamatkan ketiga-tiga mangsa berusia 25 hingga 28 tahun daripada lemas jadi viral selepas beberapa keping gambar kejadian berkenaan beredar di media sosial.

Orang ramai memuji tindakan pemuda berjiwa besar itu yang sanggup mengambil risiko terjun ke dalam tasik bekas lombong bauksit dikenali sebagai Tasik Merdeka itu ketika kejadian.

Baca juga: Berani, prihatin! Pantas sambar sampan selamat kanak-kanak hampir lemas, 10 info Muhammad Zulfikal

-“Tolong beri brother ni award please. Luar biasa keberanian dan pengorbanan yang dilakukan. Risiko dia pun lemas adalah tinggi tapi dia pilih untuk terjun beri bantuan. Masya-ALLAH Tabarakallah. Hebat.”

-“Allahuakbar, semoga diberi kebaikan di dunia dan akhirat atas keberanian serta usaha menyelamatkn mangsa.”

-“Abang memang hero! Saya doakan agar ALLAH panjangkan umur abang. Bagi rezeki melimpah ruah! Abang lompat sebelum sempat fikir keselamatan abang! Dahsyat!”

-“Semoga kerajaan bagi abang ini apa-apa yang patut untuk kenangan dan untuk orang ramai membantu bila ada kejadian yang begini.”

-“Syukur Alhamdulillah… tahniah kepada hero Malaysia yang sanggup menggadaikan nyawa untuk selamatkan insan lain.”

Baca juga: Microsleep gejala tiba-tiba terlena masa memandu tiada amaran, sebaiknya ikuti panduan berikut

Bagaimana agaknya lelaki ini boleh menyelamatkan tiga nyawa dalam sebuah kereta yang sudah hampir tenggelam? Berikut adalah kronologi kejadian:

1-Suzaini Mohd Sadali, 43, yang bekerja sebagai penyelia kilang berkata ketika kejadian dia sedang memandu di sekitar sebelum ternampak sebuah kereta di hadapannya terbabas dan terus terjunam ke dalam tasik.

2-Beliau kemudian memberhentikan kereta dan terlihat mangsa, dua wanita di sebelah tempat duduk pemandu dan penumpang belakang sedang berpaut pada badan kereta sambil menangis.

3-Kata Suzaini, pemandu kereta merupakan seorang lelaki dan dia pula sudah terkapai-kapai.

4-Bila nampak mangsa menjerit minta tolong, saya terus terjun tanpa berfikir kerana tidak sanggup membiarkan mangsa.

5-Suzaini berkata, dia berjaya membawa mangsa lelaki ke tepi tasik sebelum dua lelaki lain yang merupakan orang awam, membantu menyelamatkan kedua-dua wanita itu dengan menarik mereka ke tebing.

6-Beliau bersyukur kerana kesemua mangsa berjaya diselamatkan daripada lemas dan menganggap insiden itu sebagai sangat berharga.

Baca juga: Hadir ke istana bersama ibu, hero banjir, Abang Viva terima Pingat Jasa Kebaktian

“Saya memang tahu berenang, tidak sangka tasik ini terlalu dalam dan jika kesemua mangsa dibiarkan, mungkin mereka akan terus tenggelam,”- Suzaini.

7-Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu, daripada orang awam pada pukul 1.30 tengah hari.

8-Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu dalam perjalanan dari Tongkang Pechah menghala ke Batu Pahat. Bila sampai di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan lalu terbabas dan terus masuk ke dalam tasik di sebelah kanan jalan.

Iklan

9-Bantuan orang awam ketiga-tiga mangsa sempat keluar sebelum kereta tersebut tenggelam.

10-Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu.

Baca juga: [VIDEO]Pengantin baru sedang photoshoot terjun selamatkan budak hampir lemas dipuji warganet

Youtube Tech Insider yang tular dan boleh dimanfaatkan kepada anda sekiranya kenderaan terjunam ke dalam tasik, sungai atau laut:

1. Jangan panik
Kereta yang terjunam ke dalam air sama ada laut, tasik mahupun sungai tidak akan terus tenggelam serta-merta.

Ia mengambil sedikit masa, tetapi memerlukan ketenangan fikiran sebelum bertindak kerana peluang masih terbuka untuk sesiapa sahaja selamatkan diri.

2. Buka tali pinggang keledar, cuba keluar dari kenderaan
Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah jangan sesekali cuba membuka pintu kerana ia akan mempercepatkan kereta tenggelam serta tekanan kuat yang ada ketika dalam air menyebabkan usaha ini amat menyusahkan.

Iklan
Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

3. Buka tingkap dan keluar
Sekiranya sistem kenderaan masih berfungsi, buka tingkap luas-luasdan keluar daripada kereta.

Kalau tidak, boleh pecahkan cermin kereta dengan mensasarkan cermin di bahagian tepi. Jangan cuba memecahkan cermin hadapan kerana ia telah dicipta untuk melawan impak kuat.

Mungkin kaedah tendangan tidak cukup kuat untuk pecahkan cermin kereta, anda boleh juga gunakan kunci stereng atau besi pada bahagian tempat duduk untuk pecahkan cermin kereta.

Semua tindakan ini perlu dilakukan dengan pantas bagi mengelak anda terus terperangkap dalam kereta yang mungkin menyebabkan kematian.

Baca juga: [VIDEO]Lelaki campak motor berlari selamatkan bayi dalam walker raih pujian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi