BARU-BARU ini tular sebuah video di laman sosial Twitter memaparkan seorang pemuda sedang mengagihkan
bungkusan kepada pemandu-pemandu yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

Kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang itu ternyata mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya. Rata-rata menyifatkan tindakan itu mengganggu tugas anggota polis bertugas.

Pada masa sama, ada yang mempersoalkan bagaimana orang awam mendapat kebenaran berada di SJR sambil mengedarkan pek kepada pemandu di kawasan tersebut.

Menerusi video berkenaan, turut kelihatan beberapa anggota polis di SJR berkenaan.

Justeru, hari ini pemuda dikenali Iddin Syah itu tampil memberi penjelasan.

[VIDEO]Usahawan agih produk di SJR, netizen bidas ganggu tugas polis
Foto yang tular di media sosial.
Beliau yang juga merupakan pengasas produk kecantikan ESW menyatakan, video asal sudah dipadam di laman sosial Instagram miliknya pada Jumaat lalu atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang telah memuat naik kembali di Twitter yang mana video asal sudah diedit.

Iklan

“Paling mengejutkan ada banyak komen pertikai pihak berkuasa membenarkan keberadaan saya di SJR Bertam Kepala Batas.

“Sampi ada pengguna Twitter tag Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan perhatian beliau atau kejelasan atas tindakan saya.

“Sebenarnya, sebelum aktiviti itu dibuat saya terlebih dahulu medapatkan kebenaran polis dan beritahu niat nak sumbang 1,000 unit vitamin kepada orang yang lalu di SJR Bertam. Takkanlah saya berani buat tanpa kebenaran kan?” kata beliau.

Baca juga [VIDEO] #rutinharianchallenge mencuit hati, ibu ayah pun tak percaya

Tambahnya, beliau berasa bertanggungjawab membantu barisan hadapan.

Iklan

“Ok 1st of all, pihak yang paling saya concern adalah frontliners yang bertugas. Bayangkan berjam-jam kerja di SJR, berteduh bawah khemah, walaupun mereka kuat semangat, tapi saya ada cara sendiri nak ucap terima kasih dengan menyumbangkan vitamin untuk pastikan kekal bertenaga dan hidrasi.

“Tindakan itu sebagai satu awareness kepada orang ramai pentingnya pengambilan vitamin lagi-lagi sekarang ini kadar jangkitan Covid-19 tinggi.

“Ini macam ‘small gesture’ saya sebagai anak muda juga warga yang prihatin. Sama dengan orang lain yang bagi sumbangan makanan kat hospital, pusat kuarantin, cuma cara saya beza
sikit, guna produk sendiri.

“Lagipun, saya ada kat sana pun tak lama. Sekejap ja. Harap smua faham situasi saya ya. Saya harap penjelasan ini dapat menghentikan spekulasi yang tular, stay safe everyone,” pesannya.

Alhamdulillah, syukur masih ada insan berhati mulia membantu menghulurkan bantuan untuk orang ramai khususnya kepada barisan hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ESW (@iddinsyah)