Ustaz Ebit selesaikan masalah keluarga menginap dalam kereta, mohon doa orang ramai staf kemalangan

A
A
A

SEBAIK mendengar sebuah keluarga menginap dalam kereta, pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew bergegas ke Pulau Pinang.

Sebelum itu, Ustaz Ebit turut ke selatan tanah air bagi menziarahi pak cik kerja penyelenggara jalan yang terpaksa dipotong tangannya akibat dilanggar lari di Lebuhraya Pasir Gudang baru-baru ini.

"Menangis sebak semalam masa di Johor Bahru terbaca pasal Ganesh dan isteri, Parameswari serta tiga anak kecil tidur lapan bulan dalam kereta je.

"Sedihnya lapan bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja 'guard' malam bawa keluarga tidur dalam kereta. Rumah mereka terbakar bulan April. Semua habis musnah. Sedihnya rasa," tulisnya.

Ustaz Ebit lantas menyewakan sebuah rumah bagi keluarga itu.

"Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta je.

"Sampai je tengok muka anak comel sangat. Ceria jer masa belikan kek makan dengan mereka. Saya sewakan rumah cantik selesa ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah PPRT.

"Dah dua kali mohon semenjak rumah terbakar. Tapi jika mereka terus ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira.

"Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh, TV, periuk nasi, dapur, kipas, katil, barang dapur dan duit belanja," katanya.

Ustaz Ebit selesaikan masalah keluarga menginap dalam kereta, mohon doa orang ramai staf kemalanganKata beliau, sayu sangat ketika membeli barang untuk keluarga itu.

"Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kaseh. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa.

"Gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel. Doakan perjalanan nak balik KL dah. Dah empat hari di luar," ujarnya.

Baca juga Tayar pecah tengah jalan buat pemuda ini jadi buntu, namun selepas itu datang seorang lelaki…

Sementara itu, Ustaz Ebit turut berkongsi sebuah berita duka apabila tiga orang team media beliau terlibat kemalangan semalam ketika pulang dari Penang itu.

"Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro. Tadi kami empat kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang lapan bulan tidur dalam kereta.

"Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan Touch 'n Go lepas tol Jalan Duta.

"Tiba-tiba ada kereta dari kiri 'uturn' ke kanan. Ada sign tak boleh 'uturn'. Estima mereka cuba elak kereta 'uturn' itu dan menyebabkan melanggar 'divider' tengah jalan.

"Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik sahaja. Sedih dengar mereka mengerang sakit," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca