[VIDEO] "Banyak kali kena kat bilik mayat"- netizen kongsi cerita, lelaki rakam pintu hospital buka tutup sendiri

Lelaki rakam pintu hospital buka tutup
Lelaki rakam pintu hospital buka tutup
A
A
A

KISAH seram dan mistik sememangnya menjadi kegemaran warganet.

Apabila muncul sahaja thread kisah sedemikian di laman sosial, maka sejumlah likes dan share akan diperoleh.

Sama seperti rakaman video dikongsikan pengguna dikenali Ashari Sarip di TikTok yang dikatakan 'diganggu' apabila pintu di hospital tertutup dan terbuka sendiri.

Menerusi video 30 saat itu kedengaran lelaki tersebut sempat membebel mengatakan dirinya sedang sakit, namun ada pula yang ingin 'bermain-main'.

"Aduh, kau tutup pintu pula. Nak tidur pun susah ni. Buka pintu pula. Orang tengah sakit ini," ujarnya.

'Pagar' rumah

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telah menerima hampir 800,000 jumlah tontonan sejak dimuat naik semalam.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi rasa melihat rakaman video terbabit.

Ada yang mengatakan itu perkara biasa berlaku di mana-mana hospital.

- "Maknanya memang 'dia' main pintu. Sebab pintu tu berat, tak mungkin la angin."

- "Benda ni memang ada hanya mereka yang bekerja di hospital je tahu."

- "Abang sempat lagi rekod sambil membebel kalau saya sudah pengsan."

- "Aduh seramnya. Bukan main sihat ini, makin sakit pula tengok pintu tu."

Baca juga “Mak Muntah Darah Lepas Tu Tidur”- Anak Kecil Sangka Ibu Tidur, Rupanya Meninggal Dunia

- "Banyak kali aku pernah kena kat bilik mayat. Lastnya aku tendang pintu tu dan lock."

- "Aduhai ini takut nak kena admit wad ni."

@ashari.sarip##fyp##kitajagakita##kongsicerita♬ Pulangkan - Misha Omar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca