AKTIVITI rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak dibenarkan di seluruh negara.

Ia adalah sebahagian prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi mengawal perebakan wabak Covid-19.

Menyedari laluan darat dikawal rapi oleh pihak keselamatan, keberanian dan ‘hati kering’ tidak menyekat hasrat seorang lelaki untuk merentas daerah menggunakan jalan laut.

Rakaman video yang memaparkan lelaki berkenaan sedang meniarap di atas bongkah gabus kira-kira satu meter persegi yang dijadikan sebagai rakit dipercayai bertujuan untuk merentas daerah tular di laman sosial.

Berdasarkan paparan video berkenaan, kelihatan lelaki terbabit turut membawa bersama sebuah beg galas.

Memetik laporan portal berita tempatan, lelaki berkenaan dipercayai membuat percubaan merentas daerah menggunakan kepingan tebal gabus styrofoam sebagai pelampung.

Perjalanan ‘berani’ lelaki bekenaan adalah dari bahagian pulau negeri Pulau Pinang ke tanah besar melalui jalan laut.

Bagaimanapun, usaha lelaki berkenaan tidak berjaya selepas tindakannya dikesan oleh Polis Marin yang bertindak menyelamatkan lelaki terbabit dengan membawanya naik ke atas bot.

Difahamkan, ini merupakan percubaan kedua merentas daerah yang dilakukannya. Kali ini lelaki berkenaan memberi alasan mahu berenang pergi ke tanah suci Mekah.

@penang_kiniharitu Cuba renang Dari Grown Ke Bagan. Kali ni guna sterofoam utk Rentas daerah seberangi lautan

♬ Jangan PernaH Berubah – Lia Magdalena

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mangsa sebelum itu telah terjun ke dalam laut di Jeti Tanjung City Marina di sini sebelum diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin
Beliau berkata, siasatan mendapati, lelaki berusia 28 tahun tersebut merupakan individu sama dalam kejadian yang dilaporkan sebelum ini yang mahu pergi ke Seberang Perai.

Iklan

Lelaki berkenaan dibawa ke ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan penilaian tahap kesihatan mental dan kini ditempatkan di Wad Psikiatrik bagi rawatan lanjut.

Difahamkan ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah.

Baca juga Kawan Punya Pasal, Lelaki Terjun Laut, Berenang Ke Seberang Perai

Iklan

Dalam ‘percubaan’ pertamanya 12 Julai lalu, lelaki tersebut telah diselamatkan pekerja Penang Port Sdn Bhd di kawasan sama selepas terjun ke dalam laut dan memberi alasan untuk berenang menyeberang ke Seberang Perai bagi berjumpa kawan.

Hasil penilaian pihak hospital sebelum ini juga mendapati dia tidak mengalami sebarang masalah mental serta telah diambil oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana ketagihan dadah yang serius.

Sumber: Tiktok Penang Kini