[VIDEO] Dr Sheikh Muszaphar bermaaf-maafan dengan ibu sebelum PKP, berharap Covid-19 segera berakhir

[VIDEO] Dr Sheikh Muszaphar bermaaf-maafan dengan ibu sebelum PKP, berharap Covid-19 segera berakhir
[VIDEO] Dr Sheikh Muszaphar bermaaf-maafan dengan ibu sebelum PKP, berharap Covid-19 segera berakhir
A
A
A

KAMI memahami ramai yang bersedih apabila pada tahun ini sekali lagi kita tidak berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung bersama keluarga dan sanak saudara.

Ia berikutan aktiviti merentas negeri adalah tidak dibenarkan bagi memerangi penularan koronavirus (Covid-19).

Kesayuan semakin membukam jiwa tatkala mendengar lagu raya berkumandang di stesen radio. Mengalir air mata mengenangkan ibu dan ayah di desa.

Tidak keterlaluan menyifatkan mungkin penulis antara yang 'trauma' mendengar lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudiman Hj Arshad. Maklumlah, pengalaman pulang ke kampung sudah dua tahun tidak dirasai.

Bersabarlah kerana kita harus mematuhi arahan prosedur operasi standard (SOP), tambahan pula kes semakin meningkat sejak kebelakangan ini sehingga pihak kerajaan terpaksa melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Turut terkesan dengan PKP kali ini ialah Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

[VIDEO]

Menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram miliknya, beliau mengambil kesempatan membawa anak-anak bertemu nenek sebelum tempoh PKP berkuatkuasa.

"Malam terakhir bersama ibu, sebak di dada hanya ALLAH yang tahu. Tanpa ibu tiada hala tuju, walaupun rumah hanya berbatu.

"Namun terasa sukar buat diriku, tabahlah wahai ibu. Ia hanya untuk sementara waktu, semoga ALLAH permudahkan dirimu.

"Ku panjat doa buatmu, Insya-ALLAH akan ketemu," tulis beliau.

Dalam video yang sama, turut kelihatan momen Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga bersalam-salaman bersama ibu tercinta seperti mana rutin kebiasaan pada pagi Syawal.

Ternyata, situasi tersebut mengundang sebak dalam kalangan warga maya yang mengenangkan keluarga nun jauh di kampung halaman.

Antara coreten warganet:

@fieq_muse - Terpaksa raya awal ye Dr... Semoga tabahla kite semua. Semoga dipanjangkan umur untuk orang tua kita yang masih hidup.

@adibahpauzi - Berhabuk mata pagi ni, masin lajak lauk sahur, rindunya mak ayah kat Alor Setar, mak abah kat Paka, semoga Allah berikan kesihatan buat mak ayah, mak abah di kampung untuk kami terus berbakti pada mereka.

@dessari_prudential - Your video brought tears to my eyes… May our parents will always be healthy and sentiasa panjang umur.

Baca juga [VIDEO]Ragam 6 Anak Untuk Duduk Diam 1 Saat, Dr Harlina Kongsi Sebalik Tabir Sesi Fotografi Raya

@abdrahmandahlia - Dr buat pagi-pagi ni saya sedih. Saya dah tak ada kedua ibu bapa tapi tetap merindui mereka, lebih-lebih lagi di bulan mulia ini. Dulu boleh juga ziarah pusara tapi sekarang dah tak dapat berbuat demikian.

@syuhaibahzahedi - Sebak mengenangkan abah dan mama yang akan beraya berdua sahaja nanti tanpa kehadiran anak-anak dan cucu-cucu yang hanya dipisahkan sempadan daerah sahaja.

Bertuah mereka yang tinggal berdekatan dan bersama ibu dan, maka jangan sia-siakan peluang istimewa itu.

Yang merantau jauh apabila keadaan kembali pulih, segeralah pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara.

Semoga kita kuat dan tabah menyambut Aidilfitri dengan norma baharu buat kedua kalinya. Terus patuhi SOP ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca