KATA orang, usah sesekali menganggap sungai, air terjun atau tali air cetek tidak berbahaya kerana ‘ketenangan’ itu boleh bertukar menjadi deras, sekali gus mewujudkan pusaran pada bila-bila masa saja.

Baru-baru ini berlaku di Perak misalnya, dek cubaan meredah kawasan dinaiki air bah, dua beranak berdepan detik cemas apabila terpaksa berpaut di tingkap kereta yang hampir dihanyutkan arus deras.

Difahamkan, sebelum kejadian wanita, 47, dan anak perempuan berusia 19 tahun yang menaiki kereta jenis Toyota Vios meredah banjir di sebatang jalan ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Raja, Taman Meru, Ipoh ke Manjung, Perak.

Bagaimanapun, tidak menduga kereta mereka tersangkut dalam arus deras hingga menyebabkan dua beranak itu segera keluar, lalu berpaut di tingkap kenderaan selama 10 minit sebelum bantuan tiba.

Kedua-dua mangsa bernasib baik kerana disedari penduduk kampung di situ yang kemudiannya bertindak menghubungi pasukan bomba.

Ketika operasi menyelamat dijalankan dua anggota bomba memakai jaket keselamatan sebelum bergerak perlahan-lahan mengikut arus ke arah mangsa menggunakan tali yang ditambat di pokok.

Selepas itu, dua individu terbabit dipakaikan jaket keselamatan sebelum mereka dibawa ke tempat selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian
daripada penduduk pada pukul 6.04 petang sebelum menggerakkan enam anggota ke lokasi bagi operasi menyelamat.

Menurutnya, kedua-dua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kenderaan mangsa juga tidak dihanyutkan kerana air mulai surut.

Katanya, dua beranak yang mengalami trauma diserahkan kepada keluarga dan operasi tamat pada pukul 7.19 petang.

[VIDEO] Dua beranak cemas berpaut di tingkap, kereta hampir hanyut dibawa arus

Berikut 10 tip memandu ketika banjir perkongsian portal mekanika.com:

1. Jika tidak boleh gunakan laluan lain, maka eloklah pemandu mengenal pasti kedalaman air banjir tersebut.

2. Jika kedalaman lebih daripada enam inci lebih baik elak laluan tersebut. Bagi mengenal pasti kedalaman banjir boleh membandingkannya dengan pembahagi jalan.

3. Selain itu ada juga punca lain yang menyebabkan banjir seperti paip air pecah.

4. Ini juga berbahaya kerana air yang bertakung disebabkan paip pecah nampak seperti banjir biasa namun dibawahnya mungkin telah rosak.

5. Satu lagi cara mudah ialah perhatikan kereta yang sama dengan kenderaan korang adakah mereka selamat melalui laluan tersebut. Jika tidak, segera membuat keputusan sendiri.

6. Berkenaan dengan air, kena periksa dahulu dan apabila arus bergerak laju jangan cuba untuk meredah.

7. Apabila sudah mengambil kira semua aspek dan nekad untuk terus memandu dalam banjir, sila pastikan menharunginya dengan perlahan.

8. Untuk kenderaan manual, tekan klac dengan perlahan dan gunakan pedal minyak secara lembut supaya kuasa enjin bertambah.

Iklan

Kaedah ini sama seperti mula bergerak di kawasan curam atau bukit dan ia sebenarnya dapat menghalang air daripada masuk ke dalam ekzos.

Baca juga [VIDEO] Dr Sheikh Muszaphar bermaaf-maafan dengan ibu sebelum PKP, berharap Covid-19 segera berakhir

9. Untuk kenderaan automatik, pandu sedikit laju, tetapi kawal kelajuan menggunakan brek. Selepas melepasi banjir uji brek supaya ia kering dan bergerak sempurna.

10. Apabila berasa kurang yakin, pusing sahaja dan tidak perlu lalui banjir. Sesetengah kereta penumpang moden mempunyai intake kemasukan udara di bawah arka roda dan berkemungkinan berada di bawah paras air.

Iklan

Jika air masuk ke dalam kereta akan terjadi satu masalah iaitu hydro lock dan enjin terus terhenti.

Justeru pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang.