SIAPA sangka, pemberian yang kecil mampu memberi impak sangat bermakna dalam hidup seseorang.

Seperti sebuah video tular memaparkan seorang gadis menangis selepas menerima bingkisan yang sangat istimewa dalam hidupnya.

Gadis masyarakat Orang Asli dikenali Azura Anjau itu menangis kegembiraan apabila menerima telekung sumbangan daripada syarikat pakaian muslimah, Munawwareen.

Menerusi perkongsian pengasasnya, Aliza Abu Bakar, berhadapan situasi manis tersebut membuatkan hatinya sangat tersentuh.

“Allahuakbar! Sayu hati… Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan apabila sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira.

“Tapi kali ini, perasaan itu berbeza. Tangisan yang jujur daripada hati. Belum pernah saya melihat ada orang sebak menerima hadiah telekung.

“Biasanya, orang yang sudah berumur je yang paling excited dapat telekung. Sedangkan adik Azura ini masih muda remaja.

“Sejujurnya, air mata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh,” tulisnya menerusi laman sosial Instagram baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sangat bersyukur kerana berpeluang menikmati detik itu, sekali gus mengukir kegembiraan terhadap insan lain.

“Saya tanya kepada dia, kenapa Azura sebak? Katanya dia sudah lama mengimpikan telekung yang cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki untuk membeli.

“Bila saya perhatikan tudung yang dia pakai pun dah lusuh. Kata Azura, biasanya sumbangan disalurkan kepada komuniti perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang ini berbentuk keperluan harian.

“Jadi, kali ini dia sangat teruja menerima hadiah telekung berkenaan, saya berasa amat bersyukur.

“Semoga adik Azura rasa gembira setiap kali menggunakannya ketika menunaikan solat,” ujarnya.

Terima imam seadanya

Bagi Aliza, kesudian mereka menerima telekung tersebut merupakan satu rahmat.

“Tanpa saya sedar, air mata yang cuba saya tahan jatuh juga ketika dalam perjalanan pulang.

“Saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, kepada komuniti Orang Asli dan amat terharu apabila mereka menerima pemberian saya dengan hati yang terbuka,” ujarnya.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet.

Antaranya:

@Aleaavendaaa – Perbanyakkan amalan bersedekah di bulan Ramadan ni pun bagus, terharu tengok, selalu orang bagi wang ringgit, ini bagi telekung untuk memudahkan lagi ketika solat.

@Okopipi_ – Sebak pulak tengok diorang ni nangis terharu dapat telekung. Memang susah zaman sekarang orang nak sedekah telekung. InsyaALLAH pahala sedekah dapat, pahala orang tu pakai sebab melakukan solat pun insyaALLAH dapat.

Baca juga “Anak aku, suka hati aku” – Video ibu ‘seronok’ anak hisap vape undang amarah

Iklan

@Aleaavendaaa – Dengar dia kata ada satu ja telekungnya, bagus la dapat telekung baru tu boleh pakai tukar-tukar.

@narshAli – Awh sedihnya. Some people tak tahu telekung nowadays mahal ratus-ratus even dekat Shopee pun. They must’ve been terharu gila dia dapat telekung cantik like this. Kudos to the Ma’am. Inspiring us women.

Alhamdulillah, masih ada yang sudi menghulurkan bantuan seumpama itu.

Iklan

Moga ia menjadi inspirasi kepada semua. Lagipun semakin banyak kita memberi, semakin besar ganjaran menanti.

Jika bukan pada waktu sekarang, kelak tetap akan ada cuma dalam bentuk dan keadaan berbeza.